Zain Saidin terus Cuba bodek Che Ta Untuk Hamil Lagi



Sejak dua mejak menerima kehadiran cahaya mata Aaisyah Dhia Rana tanggal satu November 2014 lalu, kami boleh lihat kebahagiaan Zain Saidin & Rozita Che Wan smakin bertambah disamping dua lagi anak Che Ta iaitu Ammar Effendy & Aniq Ezra hasil perkahwinan pertama aktres tersebut.

Mempunyai sebuah keluarga yg penuh dgn rasa kasih sayang diantara 1 sama lain, Zain dalam satu temubual terbaru bersama BH PLUS telah meluahkan keinginan beliau untuk menambah anak meskipun Che Ta pernah memberitahu beliau tidak mahu mengandung lagi.

Buat masa ini, Zain sedang cuba sedaya upaya beliau untuk memujuk isterinya berbuat demikian.

Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. InsyaAllah ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi, tapi saya boleh pujuk Che Ta. Ini Soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik.


Kalau rezeki sudah tertulis dan sudah dapat “green light” daripada Rozita Che Wan, pasti hasrat Zain Saidin untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata akan tercapai. Semuanya bergantung pada ketentuan takdir dan kondisi Che Ta sendiri jika beliau masih boleh untuk berbadan dua tanpa menanggung sebarang risiko.

Sumber Berita: BH PLUS

0 Komentar untuk " Zain Saidin terus Cuba bodek Che Ta Untuk Hamil Lagi"

Back To Top