Sharnaaz Ahmad Harap dapat beraya dengan isteri! Macam nak kahwin dah


Bagi orang dah kahwin pasti memahami perasaan Sharnaaz Ahmad. Menyambut raya sebagai seorang bujang, memang berbeza apabila kita sudah berkahwin. Admin sebelum kahwin dulu, main hentam je pakai baju raya apa yang ada. Persiapan pun ala kadar. Bila sudah kahwin daripada baju raya, songkok, sampin semua dah disiapkan. Lepas tue warna sedondon pulak. Memang seronok lain macam. Tengok pun dah lain macam.
Tahun hadapan, Sharnaaz Ahmad berharap dapat menyabut hari raya di samping seorang isteri. Seperti yang kita ketahui, Sharnaaz sekarang ini sedang 'teman tapi mesra' dengan Anis Al Idrus. Nampaknya ayat-ayat Sharnaaz ini juga boleh dijadikan 'hint' buat Anis Al Idrus untuk mempersiapkan diri beraya sebagai seorang isteri tahun depan. So sweet lah korang dua nie. Kata Sharnaaz:-
Sekarang ini, kalau nak cakap fasal raya, setiap tahun sama sahaja, tiada yang beza. Cuma saya harap tahun depan saya dapat beraya disamping orang tersayang. Barulah seronok. Asyik tengok orang lain beraya dengan pasangan, saya pun nak juga.
Seronoknya beraya apabila seluruh keluarga kita dari pelbagai negeri berkumpul dalam satu rumah. Tetapi kena bersiap sedialah, makcik-makcik akan tanya 'bila nak kahwin?' Saya dah biasa dah dengan soalan itu. Hahaha.

Diharap Sharnaaz juga bersiap sedia untuk 'bergaduh' tentang giliran pulang beraya ke kampung suami atau isteri. Hehehe. Itu pun satu pengalaman menarik juga. Nasib baiklah family admin memang dah ada 'turn' setiap tahun. Jadi tak yah nak gaduh-gaduh dah. Kitorang follow the flow je. Apa pun, admin yakin para peminat juga tak sabar nak tengok Sharnaaz dan Anis berpakaian sedondon tahun hadapan. Semoga harapan ini akan menjadi kenyataan. Sama-sama kita doakan. SumberMstar Online.
0 Komentar untuk "Sharnaaz Ahmad Harap dapat beraya dengan isteri! Macam nak kahwin dah"

Back To Top