Video - Tun M ditipu oleh anaknya | Malang betul,video Tun M dikenakan oleh cucunya sendiri tersebar dan menjadi viral di internet.

VIDEO yang dimuatnaik oleh cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke laman sosial mengujakan ramai pengikut setia ikon negara itu. 
Lucunya, dallam video itu, Dr Mahathir menyangkakan cucunya hendak mengambil selfie dengannya sudah tersenyum lebar, namun 'malu-malu' apabila dikatakan aksi mereka itu sebenarnya sedang dirakam. 
"Oh video, saya ingatkan ambil foto," kata Dr Mahathir kpd cucunya kemudian membuat mimik muka comel pada lensa kamera. 
Video berdurasi 10 saat itu yg dikongsi di media sosial sejak semalam itu sudah dikongsi lebih 900 pelayar dan ditonton lebih 100,000 ketika berita ini ditulis.
Dr Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan. 
Dr Mahathir juga mempunyai tiga orang anak angkat.