Notifikasi Apps Whatsapp. Lelaki awal 30-an itu buka & lihat. Oh, mesej dari isterinya.
Akhir-akhir
ini, hampir setiap hari setiap masa isterinya hantar gambar-gambarnya. Tidak kiralah
waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti
isterinya itu akan hantar gambar.
Genaplah 2
bulan isterinya berperangai begitu. Lelaki itu rasa, sebagai suami dia
patut bertanyakan isterinya. Sebab, dia dah penat delete gambar2
yg memenuhi galeri telefon pintarnya.
"Awak dah kenapa sebenarnya?
Setiap hari
mesti awak hantar gambar. Lepas hantar gambar, awak suruh saya komen
pula. Bila saya tak komen, awak merajuk. Bila saya kata tak lawa, awak
merajuk lagi teruk.
Lima tahun kita kahwin, awak tak pernah macam ni. Awak ada masalah ke?"
Isterinya itu diam. Duduk depan suaminya. Kemudian, membalas ringkas,
"Kenapa, abang tak suka ke?"
Suaminya itu mood tak berapa elok. Dijawabnya secara terus,
"Rimaslah. Masa dekat pejabat pun nak hantar gambar. Awak tak payah hantar gambar pun takpe.
Kita dah kahwin, kan? Abang boleh balik tengok sendiri isteri abang ni di rumah.
Ni awak hantar
macam-macam pesen gambar. Awak hantar gambar awak mekap tebal, gambar
awak lukis kening tebal, mekap gaya Korea. Lepas tu, buat macam-macam
gaya rambut. Panjang, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding semua
awak buat.
Pakaian, semua
awak try dari jeans, t-shirt budak-budak sampailah baju-baju model dalam
Instagram tu semua awak nak beli, pakai dan tunjuk dekat saya.
Tu tak sebut lagi jenis tudung yang awak try. Belit tak belit, satin tak satin semua ada.
Kenapa jadi macam ni?
Abang tak ada mengurat sesiapa pun."
Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,
"Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang.
Bukan saya tak
tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan
Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak
gambar-gambar yang abang like.
Abang memang
tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok
gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas
seperti abang seorang bujang.
Jadi, saya
belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di
luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita
pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita
jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang
suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih
melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih
gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk
abang.
Saya tak mampu
nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti
berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari
bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata
lelaki.
Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya."
Suaminya itu
tersentak mendengar jawapan si isteri. Dia terasa hati dan bangun dari
tempat duduk, tapi segera diraih tangannya oleh isterinya.
"Maafkan saya.
Cita-cita abang
dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah
yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah
bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang
haram.
Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.
Abang, saya tak
mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan
menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung
saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu.
Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang.
Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.
Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.
Bila suatu hari
nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada
sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.
Pada saya seorang wanita, sebagai isteri abang, hanya suaminya sahajalah yang teristimewa di mata.
Tiada lagi lelaki selainnya."
Isterinya itu menitiskan air mata sambil menyalami tangan suaminya. Lelaki itu mulai menyedari silapnya;
Nafsu mata tiada sudahnya. Imanlah jadi tembok tingginya. Isteri solehahlah pengawalnya.
Mata lelaki,
walau sudah bernikah, bila selalu dibiarkan, akhirnya kamu para isteri
yang akan terbiar dan dibiarkan. Bila tiada siapa mahu menjadi penjaga,
maka syaitanlah yang akan mengambil tempatnya.
Bukan hati saja perlu setia.
Sumber
0 Komentar untuk "Suami sentak Bila Dapat Tahu Isterinya Hantar Foto Setiap Hari Kepadanya.. "