Bulan raya bulan Syawal sepatutnya menjadi bulan yg penuh kemaafan Dan kemuliaan tetapi baru-baru ini menerusi akaun Instagram miss_kepoh mereka melaporkan bahawa aktres Nora Danish telah “berperang” di Instagram dgn bekas isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan.
"Perang” tersebut bermula pabila Nabilah telah memuat naik satu foto di Instagram dengan potongan ayat berikut:
Real women don't need to steal a person's husband they go out and get their own! #justsaying.
Kemudian, Nora pula membalas dgn memuat naik foto lain sehingga berlarutan. Malah, Nedim juga sempat untuk mempertahankan buah hatinya dan menafikan Nora sebagai pemusnah rumah tangga orang lain.
Walaubagaimanapun, foto-foto di Instagram Nabilah dan Nora telah dipadam selepas isu berkenaan menjadi tumpuan ramai dan mengundang pelbagai komen oleh pengikut mereka di Instagram.
Terus-terang, jika Nabilah Khan memuat naik status sebegitu perlukah Nora Danish terasa kalau beliau tidak bersalah? Siapa makan cili terasa pedasnya. Tindakan berperang di Instagram berbalas-balas kenyataan menerusi sebuah foto agak keanak-anakan sebenarnya. Sepatutnya sempena Syawal lebih baik untuk berdamai dan memohon maaf diantara satu sama lain.
0 Komentar untuk " Nora Danish “Perang dunia ke 3” Dgn Bekas bini Nedim Nazri Di Instagram"