Kisah Benar & Teladan : Wanita Cantik Kesal Kahwini Ustaz, apa hal


Kisah Benar & Teladan : Wanita Cantik Kesal Kahwini Ustaz, apa hal | Seorang wanita yg sangat cantik ingin bernikah. Akan tetapi dia tidak mahu bercinta & dia mahukan seorang lelaki yg warak utuk dijadikan suaminya. Oleh sebab itu, dia membuat 1 hebahan mencari seorang lelaki yang memenuhi ciri-ciri yg dia tetapkan untuk menjadi suaminya.

  1. Mestilah berpuasa sepanjang tahun. 
  2. Wajib khatam al-Quran sepanjang hari. 
  3. Harus beribadah sepanjang malam setiap hari. 

Tidak ada seorang pun lelaki yg sanggup dan memenuhi syarat yg ditetapkan oleh wanita cantik itu, kecuali seorang lelaki yg luarannya kelihatan sederhana dan biasa-biasa sahaja. 
Maka, berlangsunglah pernikahan mereka. 
Setelah sebulan berkahwin, wanita cantik itu memerhatikan suaminya & dia berasa kecewa dan kesal. 
"Hari-hari dia makan, macam mana nak puasa setahun? Tak nampak pun dia baca al-Quran hari ni. Tak nampak pun dia bangun tiap-taip malam untuk solat malam."
Merasakan dirinya telah ditipu hidup-hidup, wanita cantik itu mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya.

Di Mahkamah

"Sebelum berkahwin dia janji akan penuhi semua tuntutan saya, tetap setelah sebulan berkahwin saya tidak nampak pun apa yang dia janjikan, dia seorang penipu tuan hakim!" - Wanita cantik
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh wanita cantik itu. Hakim bertanya kepada si suami.
"Kamu ingat janji itu?"
Dengan tenang dan yakin suami itu menjawab.
"Ya, saya ingat semua. Berpuasa sepanjang tahun, khatam al-Quran setiap hari dan beribadah sepanjang malam."
Soal hakim lagi.
"Kamu buat semua itu?"
Jawab suami dengan tenang.
"Ya, saya buat."
Hakim menjerkah.
"Kalau kamu buat, mengapa pula isteri kamu kata kamu tidak menunaikan semua janji itu? Hari ini adakah kamu berpuasa?"
Suami menjawab.
"Tidak, yang arif."
Hakim marah.
"Haa! Jadi betullah apa yang isteri kamu dakwa. Kamu tidak menunaikan janji-janji itu."
Jawab suami dengan tenang.
"Ya betul. Hari ini saya tidak berpuasa. Tetapi setiap tahun saya akan berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan seterusnya saya berpuasa enam hari di bulan Syawal. Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya barang siapa yang berpuasa punuh di bulan Ramadhan dan berpuasa enam hari seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tersentak dengan jawapan itu.
"Bagaimana pula dengan khatam al-Quran setiap hari? Ada kamu lakukan juga?"
Suami menjawab.
"Ya, ada. Sebelum tidur saya akan membaca tiga kali surah al-Ikhlas. Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca tiga kali surah al-Ikhlas seolah-olah dia telah membaca sebuah al-Quran."
Hakim teruskan menyoal.
"Bagaimana pula dengan beribadah sepanjang malam?"
Suami menjawab.
"Rasulullah bersabda sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah maka seolah-olah dia melakukan ibdah sepanjang malam. Justeru, setiap hari saya akan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah." 
Tambah suami lagi.
"Islam itu mudah yang arif. Kita tidak boleh mengukur amalan yang dilakukan oleh seorang itu dengan hanya melihat pada amalan yang dizahirkan. Hal ini kerana, Allah sendiri lebih memandang kepada kualiti ibadah yang dilakukan oleh hambanya berbanding dengan kuantiti. Setiap hari kita cuma diberikan 24 jam oleh Allah S.W.T maka pandai-pandailah kita mencari masa untuk menghidupkan dunia dan mengejar akhirat. Bukankah kejayaan hidup di dunia juga merupakan satu ibadah? Apa yang penting kita lakukan semua itu dengan istqamah kalau tidak semuanya hanya sia-sia"
Hakim bersetuju dengan apa yang dikatakan dan memerintahkan si isteri untuk bangun.
"Kamu seorang wanita yang sangat bertuah, kamu mempunyai seorang suami yang bukan sahaja warak tetapi dia juga seorang yang berilmu. Dengan kuasa yang saya ada di dalam mahkamah ini, dengan ini saya mengistiharkan kes ini dibatalkan."
Si suami hanya tersenyum berpuas hati.
0 Komentar untuk "Kisah Benar & Teladan : Wanita Cantik Kesal Kahwini Ustaz, apa hal"

Back To Top