Terkini - Kini Bayi cukup sifat ditemui di Taman Permainan Kanak-kanak

Gambar Hiasan



MARANG - Seorang bayi perempuan cukup sifat & sihat telah ditemui di Taman Permainan Rekreasi Malawati berdekatan dgn Sekolah Menengah Agama Marang, di sini petang tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan 5 remaja lelaki yg berada di taman terbabit kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, salah seorang daripada pelajar terbabit tlah mendengar tangisan bayi berhampiran mereka ketika mereka sedang melepak di taman itu.
  
Katanya curiga dengan tangisan itu, pelajar yg berusia 16 tahun bersama empat lagi rakannya mencari arah tangisan sebelum menemui seorang bayi yang
dibalut dengan tuala.
  
"Sebaik menemui, mereka melihat seorang bayi dibalut dengan tuala warna biru dan masih bertali pusat berada di atas bangku di taman tersebut dan bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Menurutnya bayi berkenaan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Marang sebelum bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan
lanjut.
  
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar dapat menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat atau menghubungi Balai Polis Marang di talian 09-6182222. - Bernama
0 Komentar untuk "Terkini - Kini Bayi cukup sifat ditemui di Taman Permainan Kanak-kanak"

Back To Top