Kisah Benar - Pasti Anda Sedih dan Sebak Dengan Benda Per 1 Yang Diminta Oleh Warga Emas ini


Pasti Anda Sedih dan Sebak Dengan Benda Per 1 Yang Diminta Oleh Warga Emas ini | SUBHANALLAH... Hebat nenek ini...kenapa admin kata hebat? anda boleh terus membaca kisah nenek ini.




Semalam, semasa seorang sukarelawan, Nik Zahrinawati Nik Zahari , bersama pasukan sukarelawan sedang dlam perjalanan menuju utuk memberi bantuan di Kampung Bukit Pagar, Hulu Temiang & Sungai Sam telah terserempak dgn seorang warga emas sedang melambai-lambai tangan ke arah mereka.

Kelihatan warga emas tersebut sedang memegang sebatang tongkat & terdapat serungan beg plastik di atas kepalanya.

Beliau melihat mak cik itu terus berhenti dan menghampirinya dan lantas mak cik itu terus



 meminta sehelai tudung untuk menggantikan plastik di atas kepalanya.

Tindakan mak cik itu menyebabkan Nik Zahrinawati mengalirkan air mata sedih.( mata admin masuk habuk pulak)

"Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga."

“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung."

“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’, dan kami bagi pada dia" cerita Nik Zahrinawati.

Menurut cerita mak cik itu, beliau baru sahaja dibawa turun dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, setelah hampir seminggu terperangkap di sana.


Subhanallah..sebak admin yang menulis ni pun dengan kisah mak cik ini. Dalam keadaan yang terdesak macam itu pun beliau masih berusaha menjaga auratnya sebagai seorang wanita muslim.

Memang hebat mak cik ini berbanding kita anak muda kerana terdapat banyak hanyut dengan tidak menutup aurat. Kira mak cik ini memang hebat la dari anak-anak muda yang tidak tutup aurat tu.

Apapun kepada anda pembaca yang mempunyai kemampuan kewangan untuk memberikan bantuan, baju-baju lama, dan apa-apa saja keperluan harian bolehlah diberikan kepada mereka yang terlibat dalam misi bantuan sukarelawan untuk mangsa banjir.

Tidak rugi sedikit pun bantuan yang diberikan itu berbanding balasan pahala yang diberikan kepada anda apabila membuat amal.


Sumber: zubir5588
0 Komentar untuk "Kisah Benar - Pasti Anda Sedih dan Sebak Dengan Benda Per 1 Yang Diminta Oleh Warga Emas ini"

Back To Top