Terkini - wanita putus kepala kemalangan Superbike di jalan seremban - PD


Tragis, exident sampai putus kepala di jalan seremban ke pork dikson atau nama pendeknya PD

PORT DICKSON: Seorang wanita putus kepala, manakala suaminya putus tangan selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, awal pagi tadi.  Kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu menyebabkan Nor Azina Mohd Ratki, 39, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, pula cedera parah.

Sumber berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Shamasrol yng menunggang motosikal jenis Naza Blake GT600 terbabas, lalu melanggar pembahagi jalan. Katanya, kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang jalan sebelum terputus & tercampak sejauh 10.5 meter dari badan. "Lelaki itu pula tercampak & terkena besi penghadang jalan menyebabkan tangan kirinya putus sehingga ke paras siku," katanya sambil menambah kejadian itu turut disaksikan rakan mangsa, yg mengekori motosikal pasangan berkenaan.

Abang Nor Azina yang enggan dikenali berkata, adiknya bersama suami dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya, Selangor, selepas berbuka puasa bersama rakan dgan berkonvoi ke daerah itu. "Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. "Jenazah adik akan dikebumikan di Kota Damansara, manakala suaminya yg cedera parah, kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ," katanya. Beliau berkata, pasangan itu meninggalkan 3 anak berusia lingkungan sembilan tahun hingga 16 tahun dan masih bersekolah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lihat gambar moto selepas exident

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65954?m=1

0 Komentar untuk "Terkini - wanita putus kepala kemalangan Superbike di jalan seremban - PD"

Back To Top