Akhirnya Tun M berLakonan Lengkapkan Filem Kapsul


1 sejarah tlah tercipta oleh syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun  Dr Mahathir Mohamed membintangi filem terbitan mereka yg berjudul Kapsul.

Menurut penerbitnya, Amru Najmi Osman penampilan Tun M dalam filem tersebut adalah berkaitan dgn keadaan politik semasa dan lakonan beliau tlah melengkapkan lagi filem Kapsul. Tun M mula berminat & bersetuju menerima tawaran berlakon itu kerana jalan ceritany filem berkenaan memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk berdialog dengan pelakon utamanya Faizal Hussein.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi pengarahnya berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem  Kapsul akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Sumber Berita: Harian Metro

0 Komentar untuk "Akhirnya Tun M berLakonan Lengkapkan Filem Kapsul"

Back To Top