Kata Mia "Mia Ahmad Mahukan Lelaki Beriman, Boleh Membimbing Dirinya "
“Memang ada yg datang & nak berkenalan rapat. Sebenarnya, saya tak kisah berkawan dgn sesiapa cuma saya tak suka kalau ada yg mahu jadi ‘matchmaker’. Tapi, kalau saya nak ada kekasih nanti, saya kena tunggu ibu saya ‘approve’ dulu”. Perghh jejaka bujang yang rasa diri ada iman,boleh bimbing Mia apa lagi masyuk ler...
“Kalau dia okay dengan pilihan saya, okaylah,” katanya sambil menyatakan bahwa sejak semakin dikenali ramai dia juga sering didatangi jejaka yg ingin mengenali dirinya dgn lebih rapat.
Bagaimanapun, menurut Mia, dia sudah dapat menjangka kehidupan privasinya akan sering menjadi tumpuan umum setelah bergelar pelakon selain perlu bijak mengawal keadaan dan tidak mudah melatah apabila terpalit dengan kontroversi.
“Saya sudah bersedia. Sebagai artis kita kena terima apabila ramai pihak yg ingin tahu bukan setakat perkembangan kerjaya malah, sehingga hal peribadi. Cuma, saya tidak menjangka saya terpalit dengan beberapa isu dan cerita kurang enak seperti yang terbaharu kononnya saya ditangkap khalwat”
“Saya sedih apabila perkara seperti itu berlaku terhadap diri saya. Tak sangka sampai ada pihak yang sanggup memfitnah dan mahu menjatuhkan saya tetapi mujur keluarga banyak memberi sokongan untuk saya menempuh semua ini,” jelasnya. (rtky/s)
sumber http://www.rotikaya.com
0 Komentar untuk "Kata Mia "Mia Ahmad Mahukan Lelaki Beriman, Boleh Membimbing Dirinya ""