Tarikh
keramat 3 hb jun, aku pada masa tu memag sudsah bersiap sedia utuk bertolak
dari kuala lumpur ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku.
jadi mak dan adik beradik sekeluarga sudah pun berlepas dari kuantan ke
machang, cuma tinggal aku & abang aku sahaja yg melalui kl - machang..
aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik iparnya & anak kecilnya
melalui karak
highway keemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak
langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi
antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak
meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..
Gambar Hiasan |
betul2 berada
di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2
lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2
gelap cuma diterangi lampu kereta2....
kemudian, aku
terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x
hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat
bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada
saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku
menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa
mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang
aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...sebelum kejadian nie aku
tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2
berat yg perlu memandu dengan hati2 ..
aku mula
kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku
dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2
dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran...
lepas je aku
memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp
nak call abang aku tapi time tu signal takde :mad: :mad:
aku kena
abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari
belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan
belakang aku...
keta abg aku di
depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2
gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad:
:mad:
apa lagi, aku
terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time tu
katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas
dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda
hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat
bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu
hilang dengan sendiri nya...
kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang...
masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu...
peristiwa ini
sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari
kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini
tidak kurang hebat nya...
begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest...
0 Komentar untuk "KISAH Seram dan Ngeri : JALAN BUKIT TINGGI - lebih dikenali BUKIT 7 GUA MUSANG-KUALA LIPIS "