Dengar Sini, Rosmah Seorang wanita yang Pandai Berjimat Cermat & Melabur, Sebab tu Beliau Mampu Simpan Sampai RM 2 Juta

loading...


Dengar Sini, Rosmah Seorang wanita yang Pandai Berjimat Cermat & Melabur, Sebab tu Beliau Mampu Simpan Sampai RM 2 Juta | Set Mu dengar tu,wanita pandai berjimat dan melabur,lagi-lagi Rosmah.

Seorang pemimpin ahli Majlis Tertinggi membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerna membuat serangan peribadi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman menganggapnya sebagai 'tak masuk akal' apabila ditanya mengenai tindakan bekas perdana menteri itu membidas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Timbalan menteri itu berkata sebarang kritikan perlu difokuskan kepada dasar2 kerajaan serta manfaatnya kepada rakyat dan bukan soal peribadi.

Katanya, mereka yang menyerang personaliti kerana berpakaian cantik dan memandu Mercedes Benz adalah bermain dengan politik lekeh.

"Kita (menuju ke arah menjadi) sebuah negara maju seperti Jepun dan Korea, jadi jangan bercakap tentang perkara peribadi," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam posting blog semalam, Mahathir berkata beliau telah menerima aduan mengenai Rosmah.

Beliau mendakwa bahawa bukan sahaja orang Melayu atau orang dalam Umno tetapi juga orang Cina,  merungut tentang gaya hidup mewah Rosmah dan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri.

Sementara itu, Tajuddin juga mendakwa kritikan Mahathir terhadap Najib tidak dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

"Mahathir hanya mempunyai satu atau dua soalan, iaitu 1MDB dan pembelian tanah oleh Tabung Haji," katanya.

Tajuddin berkata bekas perdana menteri itu akan kehabisan modal sekiranya kerajaan menyelesaikan kedua-dua isu tersebut.

Sumber : Malaysiakini / http://media-info-semasa.blogspot.com
loading...
0 Komentar untuk "Dengar Sini, Rosmah Seorang wanita yang Pandai Berjimat Cermat & Melabur, Sebab tu Beliau Mampu Simpan Sampai RM 2 Juta "

Back To Top
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close