Adakah Wajah Individu Yang Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 5 Di Kuala Lumpur...



Adakah Wajah Individu Yang Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 5 Di Kuala Lumpur..|  Astaqfirullah... Manusia bertopengkan syaitan.. Sangup buang bayi sendiri..apa salah bayi ini.

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yg masih bertali pusat ditemui mati dgn kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat 5 sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat 5 pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yg ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yg menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yg berada berdekatan & menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!
0 Komentar untuk "Adakah Wajah Individu Yang Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 5 Di Kuala Lumpur..."

Back To Top