#Rosmah Mansor Telah Banyak Sumbang Kepada Negara, Pelabur Akan Cabut Lari Jika Membenci Rosmah - Shahidan


#Rosmah Mansor Telah Banyak Sumbang Kepada Negara, Pelabur Akan Cabut Lari Jika Membenci Rosmah - Shahidan
Bermati-matian Shahidan mempertahankan Rosmah Mansor yang telah menggunakan Jet Eksekutif Hak Kerajaan Malaysia utuk urusan peribadinya ke Qatar. Rosmah Mansor atau nama sedapnya Kak Mah..

Berbagai alasan digunakan, malah habis segala yg dilakukan oleh Rosmah kononnya utuk kebaikkan negara ini diungkitnya..

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah ‘tidak adil’ kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim.
 
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar.
 
“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.
 
“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma." Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.
 
“Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.
 
“Beliau telah membina negara ini,” katanya.
 
Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang ‘banyak perkara’.
 
“Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri.
“Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab,” katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan.
 
Rosmah berada di Qatar bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.
Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.
 
Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet
0 Komentar untuk "#Rosmah Mansor Telah Banyak Sumbang Kepada Negara, Pelabur Akan Cabut Lari Jika Membenci Rosmah - Shahidan "

Back To Top