Dikatakan, Doktor dan petugas kesihatan menluah perasaan di FaceBook } Kesian dekat doktor dan petugas kesihatan menerima tempias atas kes tersebut.

SUSULAN sebuah kemalangan maut yg melibatkan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh semalam, seorang pelayar laman sosial bangkit meluahkan perasaan & pendapat terhadap situasi yg dialami oleh kebanyakan doktor-doktor & petugas keselamatan di Malaysia.

"Kami para doktor dan petugas kesihatan dikejutkan dgn berita kemalangan jalan raya yg menyebabkan kematian seorang pegawai Perubatan Bius dari Hospital Sungai Buloh petang semalam.

"Mengikut siasatan awal jabatan beliau, beliau memandu pulang setelah Oncall hari sebelumnya. Dimaklumkan bahawa Oncall beliau agak sibuk denggan pelbagai kes kecemasan.

"Kami bukan sahaja berkongsi kesedihan dgn keluarga arwah, namun dihati kami turut terpendam rasa geram & marah dengan sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak sekian lama," kata Mahyuddin Mohamed di laman sosial Facebook.

Menurut Mahyuddin, kebanyakan doktor-doktor di Malaysia sudah merasa terlelap ketika memandu.

"Keluarga saya sendiri ada lapan orang doktor, semuanya pernah terlelap.

Isteri saya pernah terbabas ke bahu jalan, dua adik ipar saya terlelap dan tersondol kereta di depan ketika mereka beratur nak bayar tol dan saya sendiri pernah melanggar pembahagi jalan ketika memandu. Alhamdulillah kami masih bernyawa.

"Pakar yang dikejutkan beberapa kali oleh Pegawai Perubatan kerana konsultasi kes pun akan mengantuk akibat tidur terganggu, apatah lagi Pegawai Perubatan yang langsung tidak tidur pada malam harinya?

"Tahun lepas sahaja, dua orang Pegawai Perubatan saya di Temerloh terbabas, kedua-duanya post call. Seorang di Karak ketika menghala ke KL manakala seorang lagi di Maran ketika beliau hendak ke Kuantan. Kereta mereka 'total loss', namun umur mereka masih panjang.

"Insiden kemalangan akibat terlalu mengantuk & keletihan akibat post call semakin meningkat. Perlukah kita tunggu lebih ramai doktor meninggal sebelum langkah konkrit diambil bagi mengubah sistem kerja kita sekarang?" tegas Mahyuddin.

Selain itu, Mahyuddin juga memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan.
"Setiap doktor yang post call bagi semua jabatan perlu diberi post call day off selepas pass over jam 8 pagi.

"Ataupun, kita juga boleh menggunakan sistem syif houseman sekarang bagi menggantikan sistem on call Pegawai Perubatan bagi mengurangkan tempoh mereka bekerja dan membolehkan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Ini sudah pasti ada pro dan kontra dan pastinya akan ada pihak yang tidak akan bersetuju.


"Bagi adik-adik saya Pegawai Perubatan sekalian, pastikan anda tidur dahulu sebelum pulang. Pastikan anda tidak mengantuk.

Sekiranya mengantuk, berhenti dan take a nap (tidur sebentar). Ataupun dapatkan pasangan atau ibu bapa anda bagi membawa anda pulang.

Saya tahu anda rindukan anak-anak anda yang menunggu di rumah, mungkin juga anda perlu mengambil anak anda di taska, memasak dan sebagainya, namun, apa sahaja alasan anda nyawa dan keselamatan anda adalah lebih utama.

"Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang tip-top. Sebaiknya kenderaan yang kukuh dengan airbag dan sistem keselamatan yang terbaik. Ini pastinya memerlukan pelaburan duit namun ianya berbaloi. Nyawa kita tiada galang gantinya.

"Bagi rakan-rakan pakar sekalian, juga peringkat pengurusan tertinggi, sudah tiba masanya kita buang sifat "Masa I dulu tak tidur 2 hari pun okey aje!", "masa I dulu kalau on call, elaun RM25 aje sehari, on call 10 kali sebulan baru RM250, aku tak komplen pun!" Sekiranya kita boleh menjadikan kerjaya kita lebih baik bagi adik-adik kita, doktor-doktor baharu apa salahnya kita berubah. Ubah sistem ke arah yang lebih baik.

Doktor yang cukup rehat Insya-ALLAH akan dapat berkhidmat dengan lebih Mesra dan cemerlang kepada pesakit. Risiko berlakunya kesilapan (medical error) juga InsyaALLAH akan dapat dielakkan.

"Semoga pemergian arwah menjadi titik tolak ke arah penambahbaikan bagi para doktor dan petugas kesihatan yang lain di Malaysia.

Kita sama2 berdoa agar tiada lagi kemalangan dan kematian akibat keletihan atau mengantuk selepas bekerja malam.

"Takziah buat keluarga Arwah Dr. Afifah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah," akhiri beliau.