Suka Hatilah, Saya Bukan Pengkid – Ardell Aryana

Pelakon bahru, Ardell Aryana yg mula dikenali menerusi drama Baby Ana Milik Siapa menafikan dakwaan beliau sbagai seorang pengkid pabila ada sesetengah pihak menggelarkan beliau sebegitu hanya kerna beliau memuat naik foto dgn penampilannya yg memakai T-Shirt dan topi.


Pernah satu masa saya ada muat naik gambar berbaju-T & memakai topi terbalik. Kemudian ramai komen mendakwa saya seorang pengkid dan ramai yang kritik, membenci saya dan mereka ‘unfollow’ saya.

Padahal sebenarnya jika di luar saya seorang yang aktif dan macam tomboi sikit. Kalau keluar rumah saya lebih selesa pakai baju-t, seluar track dan selipar dan saya suka aktiviti seperti sukan kereta. Cuma, sejak terjun ke bidang lakonan, saya lebih nampak feminin sebab saya selalu bawakan karakater gadis lemah lembut.

Jelas aktres tersebut yang kini menerajui filem CCTV, beliau merasa syukur kerana belum pernah terpalit dengan sebarang kontroversi sejak berkecimpung dalam bidang seni. Beliau juga mencuba sedaya upaya untuk terlibat dengan gosip yang sudah cukup sinonim apabila memilih untuk menjadi artis.
Alhamdulillah, setakat ini belum ada apa-apa kontroversi yang mengaitkan saya. Maklumlah zaman sekarang dengan adanya media sosial macam-macam perkara cepat saja timbul tetapi saya sentiasa berhati-hati.

Bagi saya, untuk hal peribadi saya tidaklah terlalu berahsia. Jika ada perkara yang saya rasa wajar dikongsikan di Instagram saya akan kongsikan dengan peminat.



Tidak semestinya penampilan seorang wanita yang tidak begitu feminin dan lebih selesa untuk berpakaian santai seperti jeans dan T-shirt kita boleh terus melabelkan mereka sebagai pengkid. Kadang-kadang ada juga wanita yang tidak kisah fasal penampilan mereka asalkan ia selesa.

Sumber Berita: Malaysian Digest
0 Komentar untuk "Suka Hatilah, Saya Bukan Pengkid – Ardell Aryana"

Back To Top