Lembah Klang Dijajah Peniaga Asing | Dah lama dah saya perhatikan..dari dulu lag warga asing jajaha kita dengan bisness,warga asing lebih kaya dari warganegara.
"ADIK punya pasal, RM10 saya kasi kurang, lain tempat tak ada dapat ini harga, kira jadi sajalah." Dalam pelat berbahasa Melayu, peniaga warga Pakistan cuba menarik pelanggan yg berkunjung ke premis menjual kain di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bermodalkan wajah tampan, peniaga dan pekerja rata-rata dari Pakistan, Turki & Arab itu memujuk dgn suara manja menarik orang ramai yang lalu-lalang di kaki 5 untuk masuk ke premis mereka.
Apabila pelanggan sudah ‘sangkut’ & masuk ke dalam ruang kedai, mereka kemudian akan mula menjual kata-kata manis pujuk rayu sambil mempromosikan barangan ditawarkan.
Layanan mereka yang dikatakan lebih menarik berbanding peniaga warga tempatan menyebabkan kadangkala premis mereka lebih dikunjungi & menjadi pilihan pelanggan.
Kain tudung, kain ela, jubah, baju kurung, karpet dan aksesori wanita antara paling banyak dijual namun barangan itu bukanlah dari negara asal mereka sendiri sebaliknya diimport dari Vietnam dan Indonesia.
Hakikatnya, lambakan peniaga warga asing di Jalan Masjid India bukan isu baru, ada yang sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan di situ menyebabkan peniaga tempatan seolah-olah tenggelam di tempat sendiri.
Dari sekecil-kecil ruang kedai di bangunan arked hinggalah gedung tekstil gergasi, pengunjung Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India pasti tidak terlepas daripada terserempak dengan peniaga ini yang gemar berdiri di luar kedai menarik pelanggan masing-masing.
Peniaga, Norman Ahmad, 29, berkata, dia memperoleh semua dokumentasi yang sah untuk menjalankan perniagaan kain di sebuah premis di situ.
Katanya, ramai peniaga dari pelbagai negara menjadi ‘tauke’ di kedai-kedai kain yang terletak di dua jalan tersebut termasuk dari Indonesia.
Dia yang sudah berhijrah ke negara ini sejak 14 tahun lalu mula menjalankan perniagaan di situ sejak tiga tahun lalu. Abangnya turut menjalankan perniagaan sama dan mereka selesa serta berminat berniaga di negara ini meski mempunyai sebuah kedai di negara asal.
Katanya, harga yang ditawarkan tidak jauh beza dengan kedai-kedai lain, termasuk yang dijual warga tempatan.
Namun ia bergantung kepada cara peniaga menarik pelanggan.
“Harga kain di kedai saya lebih kurang saja dengan kedai lain tapi terpulang kepada pembeli nak beli atau tak. Tak salah warga asing meniaga sini kalau ada lesen dan ikut peraturan pihak berkuasa,” katanya.
Seorang lagi peniaga warga Pakistan Yassin Mohamed, 32, bersetuju dengan pendapat Norman.
Katanya, asalkan tidak melanggar peraturan, peniaga warga asing sepertinya bebas menjalankan perniagaan di kawasan tumpuan rakyat di negara ini menjelang perayaan.
Kedai tudung miliknya terletak sebelah-menyebelah dengan yang dimiliki peniaga tempatan, namun dia langsung tidak mempunyai niat menjatuhkan perniagaan peniaga tempatan dengan menawarkan harga terlalu murah.
“Biasa kita jual ikut harga kos, kalau pelanggan nak beli mereka beli juga, mereka tak pernah tanya ni kedai Pakistan ke Bangla ke atau kedai orang tempatan. Kalau harga 'kena' mereka terus ambil tak ada soal," katanya.
Cara menarik pelanggan katanya bergantung kepada peniaga dan pekerja masing-masing.
“Mungkin ada orang anggap kita suka cakap manis tapi kalau itu cara nak tarik pelanggan masuk ke kedai apa salahnya,” katanya sambil ketawa.
0 Komentar untuk "Lembah Klang Dijajah Peniaga Asing"