Penjelasan Dari Awal Bagaimana Kes Amuk Plaza Low Yat dan Hasil siasatan awal dari Polis dan CCTV buat anda tergaman




K3s ini nampaknya menjadi semakin hot & boleh menggugat keamanan negara kita. Kami tetap dgn pendirian kekerasan bukanlah jalan yg betul utuk menyelesaikan kes ini sebaliknya biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka. Bulan puasa bulan mulia kenapa kita tidak gegarkan malam mulia ini dengan zikrullah, solat sunat,mengaji Al-quran. Apakah motif sebenarnya.

Pelbagai tuduhan & jangkaan dilemparkan orang ramai tentang apa yg berlaku ini tanpa mengetahui hal sebenar dari mereka yang melalui dan menjadi saksi kes tersebut.

Satu aduan Polis telah dibuat oleh seorang penjual, See Ming Ho, 28, yang secara tidak langsung menerima kesan dari kejadian yang berlaku di Lowyat, Kelmarin.

BERNAMA merujuk See Ming Ho sebagai pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC. Jika anda biasa ke Low Yat, anda pasti tahu lokasi kedai Lenovo tersebut yang memerlukan anda naik beberapa anak tangga berhadapan dengan Samsung.

Kedai Lenovo tersebut berhadapan dengan KFC dan Maxis apabila menaiki anak tangga yang dipaparkan di dalam gambar di atas.

Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860. Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil "free gift" yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin.

"Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho.

Sekali lagi, siapa yang biasa ke Low Yat pasti akan tahu kedai Oppo ini berada hampir di pintu utama Low Yat arah nak ke Starbucks.

Bagaimanapun menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu.

See Ming Ho telahpun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Menurutnya, penilaian orang ramai tentang kes ini bermula dari kedai Oppo yang telah menjual phone tiruan adalah tidak benar

"Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho.

Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yat bersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo.



Pihak Polis menjelaskan kerugian melebihi RM70,000 dicatatkan apabila kumpulan tersebut menebalikkan kabinet dan juga meja pameran phone yang berada di kedai tersebut. Seorang suspek kini berada dalam siasatan pihak Polis dan selebihnya masih dikesan.



Jadi kisahnya di sini, kedai OPPO mahupun pekerja OPPO langsung tidak bersalah di mana hanya membantu memberkas suspek yang didakwa mencuri phone Lenovo S860 tersebut.


Update: Sebentar tadi akhbar New Strait Times mengeluarkan satu kenyataan pihak Polis bahawa kes ini telahpun dapat diselesaikan. Pihak Polis menjelaskan kepada NST bahawa melalui siasatan terperinci, suspek berusia 22 tahun ini telah mencuri phone tersebut yang membuatkan dia ditahan oleh para pekerja Low Yat yang lain.

Pihak Polis yang menilai semua rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang berbincang dengan penjual phone Lenovo tersebut sebelum mengambil phone dan cuba berlalu pergi ketika peniaga tersebut tidak melihatnya. - Sumber

Sebarang kemaskini akan kejadian ini, akan kami maklumkan nanti.  Oh! Media mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai agar bertenang dan tidak membuat tindakan secara melulu. Selepas ini, biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada mereka. Pergaduhan mahupun perkauman jelas tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan penuh mulia ini, banyak-banyakkan bersabar dan terus positif selalu.

copypaste dari ohmedia
1 Komentar untuk "Penjelasan Dari Awal Bagaimana Kes Amuk Plaza Low Yat dan Hasil siasatan awal dari Polis dan CCTV buat anda tergaman"

Laporan Polis tidak semestinya benar. Tunggu laporan budak tu.

Back To Top