"Tuan Ambillah Sebagai cagaran,Saya bukan rasuah tapi takut terlepas terawih"

Tulisan Dan cerita  ini dikongsikan oleh Tuan Edifice, seorang anggota Polis yg menceritakan pengalamannya ketika bertugas di lapangan. Sememangnya Tuan Edifice mempunyai hati yg mulia, menjalankan amanahnya dgn meletakkan sesuatu pd tempatnya. TABIK... Baca lagi

CERITA SEMALAM

Semalam kerja tahan... orang...(road block). ada brader dalam lingkungan 30an. bawa anak 3 orang. umur 10, 7 dan 4 tahun. Dan isteri beliau. lima orang satu motor..

Saya tanya nak pegi mana? bahaya bawa ramai2 macam ni. bawalah kereta.

Brother tu terus bagi i.c dan lesen dan hp dia. tapi dia cakap ..." encik ambik semua ni dulu.. kami memang tak ada kereta.. nanti lepas terawih saya call dan ambik surat saman dari encik. saya bukan rasuah.. tapi cagaran sementara .. sebab kami nak pergi masjid.. encik... malam ni last terawih... tolonglah kami untuk kami habiskan terawih terakhir tahun ni... " .. terkedu aku dengar jawapan brother ni.. lantas aku suruh isteri dan anak2 beliau turun dari motor tu naik kereta kerajaan yang ada lampu kat atas. aku hantar mereka ke masjid. aku serah balik barang-barang brother tu. aku menangis peluk brother tu...

Balik ke opis jam 1 pagi. aku masuk kereta inspira aku dan.. berfikir..' Ya Allah .. aku terlepas terawih ramadhan terakhir... aku ada inspira. tapi aku seorang yang naik.. brother tadi????.. aduss.. anak bini aku kat rumah sibuk dengan pakaian baru..

RUGINYA AKU.. TAK BAWA ANAK BINI AKU PERGI TERAWIH DENGAN INSPIRA AKU... SEBULAN TAK PERNAH PERGI... Ya Allah ampunkanlah aku.... engkau tunjukkanlah petunjuk pada aku sekeluarga.. Amin.....

‪#‎INSANLEMAH‬

0 Komentar untuk ""Tuan Ambillah Sebagai cagaran,Saya bukan rasuah tapi takut terlepas terawih""

Back To Top