ANAK DURJANA - Pemuda DERHAKA Hidang Daging ‘Khinzir’ Buat Ibu Berbuka Puasa, Bila Ibu Meninggal Lihat Apa Berlaku !!! | Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah
di Masjid..Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang
sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2
semua…semoga ianya menjadi Tauladan pada kita.Insyallah,amin…
“Dikisahkan ada seorang pemuda yang
telah insaf berjumpa dengan seorang Ustaz untuk memohon maaf atas segala
kesalahannya yang lampau..Beliau dahulu semasa muda tergolong dalam
kalangan muda mudi yang liar..”...
“Ustaz itu berkata
bertaubatlah,insyallah pasti Allah akan mengampunkan segala dosa yang
telah beliau lakukan…Tetapi beliau terus menangis dan mengatakan yang
dosa beliau terlalu besar…Ustaz itu bertanya dosa apa yang telah
dilakukannya..??Pemuda itu berkata dia berdosa pada Ibunya..Ibunya kini
telah meninggal dunia..”...
“Pada suatu petang dibulan Ramadhan
Ibunya menyuruhnya membeli barang dapur untuk dimasak bagi hidangan
berbuka puasa..Pemuda ini enggan kerana dia tidak berpuasa..dan memang
sikapnya yang sering melawan cakap Ibu..Ibunya menyuruhnya lagi beberapa
kali dan pemuda itu pun pergilah ke pasar dan pulang membawakan daging
buat Ibunya..”...
“Sampai sahaja dirumah,pemuda itu
terus melemparkan daging itu pada Ibunya…Ibunya ambil,masak dan berbuka
dengan daging tersebut…”...
“Kini Ibu saya dah tiada Ustaz..setiap
petang Ramadhan saya akan menyesal dengan perbuatan saya ini
Ustaz..Ustaz tahukah daging apa yang saya belikan pada Ibu saya..???
Yang Ibu saya makan Ustaz…???...
“SAYA BELI DAGING ‘BABI’ UNTUK IBU SAYA USTAZ…IBU SAYA MAKAN DAGING ‘BABI’ YANG SAYA BELI USTAZ…!!”...
“Pemuda ini sangat menyesal atas kesilapan yang telah beliau lakukan pada Ibunya itu..Nasihat Ustaz tersebut :-
1. Bertaubatlah pada Allah,semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa kamu..
2. Mendoakan keampunan dosa – dosa Ibumu.
3. Menjelaskan hutang Ibumu jika ada.
4. Membayarkan zakat Ibumu jika masih tertunggak.
5. Mengqada’kan puasa Ibumu.
6. Membayarkan fidyah puasa Ibumu.
7. Menghubungkan tali silaturrahim
adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan
salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari
umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan
kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara
berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.
8. Menziarahi kubur ibu bapa adalah
sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika
diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya
membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi
juga kepada anak yang derhaka.
9. Membuatkan haji untuknya
“Insyallah,semoga Allah akan mengampunkan segala dosa – dosa kamu…Amin.”
Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat),
kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar,
Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?”??
“Jibril telah datang kepadaku dengan
mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi
dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka,
dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” .Kemudian aku
mengaminkannya...
“Dan sesiapa yang dapat bersama orang
tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua
orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua
atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada
keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan
memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya,
maka aku katakan : Amin”...
“Dan sesiapa yang namaku disebutkan di
hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan
memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya,
maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”....
(H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)
Sumber
0 Komentar untuk "ANAK DURJANA - Pemuda DERHAKA Hidang Daging ‘Khinzir’ Buat Ibu Berbuka Puasa, Bila Ibu Meninggal Lihat Apa Berlaku !!!"