15 Hot topik Trending Ketika Ramdhan, Anda Wajib Baca ! Mana tahu anda tergolong dalam golongan ini

15 Hot topik Trending Ketika Ramdhan, Anda Wajib Baca ! Mana tahu anda tergolong dalam golongan ini | Ramadan dah tiba! Semua orang tak sabar menanti bulan mulia ini. Pada bulan ini juga, ramai yang pos status yang mulia-mulia, maka bersedialah kalian untuk membaca topik-topik ini di timeline Facebook.



1. Gambar makanan berbuka

Gambar nasi kosong dengan telur dan kicap, serta air kosong. Atau, air kosong dan kurma. Zuhud katanya.
Kapsyen: “Aku makan ni je berbuka hari ni”

2. Viral gambar peniaga cun

Setiap tahun akan ada viral gambar awek yang meniaga di bazar Ramadan.
Kapsyen: “Adik manis ni harga hantarannya berapa pula? Cia cia cia.”

3. Viral gambar pengunjung seksi

Gambar pengunjung bazar berpakaian sendat dan berbonjol-bonjol.
Kapsyen: “Jilake, batal puasa aku. Baik tak payah puasa kalau pakai macam tu.”

4. Komen peniaga yang guna telur tak basuh

Gambar gerai martabak, roti John, atau mee goreng yang ada susun telur di meja.
Kapsyen: “Kalau nak beli, pastikan telur dicuci.”

5. Komen pembaziran di bazar Ramadan

Kutuk orang beli makanan banyak-banyak.
Kapsyen: “Orang lain nak berbuka pun tak ada makanan, orang Malaysia siap buang-buang. “

6. Sindiran pada yang guna istilah “Iftar” dan “Suhoor”

Pejuang Bahasa konon. Marah betul dia kalau orang guna bahasa pinjaman.
Kapsyen: “Jangan cemarkan bahasa kita dengan istilah Arab. Gunalah istilah, kurma, bersahur dan berbuka puasa!“

7. Sindiran pada yang berbuka di Buffet Ramadan

Orang yang berbuka stail buffet ni dilabel lupa penghayatan Ramadan.
Kapsyen: “Bulan Ramadan bukan pesta makanan! Hotel pun satu. Caj mahal gila.”

8, Reviu makanan bazar

Setiap hari ada reviu makanan, tapi kebanyakannya negatif. Tak ori. Cair. Basi. Macam-macam lagi.
Kapsyen: “Orang lain buat pahala dalam bulan puasa, peniaga-peniaga buat duit dan dosa. Cis, mahal dan tak sedap. ”

9. Komen pasal sampah di bazar Ramadan

Akan ada acara cerca peniaga dan pengunjung bazar yang meninggalkan sampah. Padahal sepanjang tahun dia pun buang sampah merata.
Kapsyen: “Orang kita. Ramadan ni bulan membersihkan rohani dan mengotorkan jalanraya.”

10. Komen lagu Raya dimainkan di awal Ramadan

Mesti ada kompleks beli-belah atau kedai yang kena kutuk. Dilabel tak sensitif dan bermacam-macam lagi.
Kapsyen: “Tak hormati Ramadan langsung, baru minggu pertama dah buka lagu Raya.”

11. Tegahan prasangka buruk pada yang tak terawih berjemaah

Akan ada segelintir orang yang beriya-iya tak benarkan sindir orang tak pergi terawih. Selalunya mereka dari golongan yang tak pernah terawih.
Kapsyen: “Terawih boleh buat kat rumahlah. Jangan buruk sangka boleh tak?”

12. Fadhilat solat terawih hari 1-30 Ramadan

Mesti ada orang kongsikan benda ni, lepas tu ada juga yang sangkal. Habis bergaduh.
Kapsyen: “Ini semua palsu. Kalau tak tahu, jangan pandai-pandai sebarkan.”

13. Isu makan depan orang puasa

Nanti ada orang berpuasa komen di FB tentang ada individu tak hormati dia berpuasa kerana individu itu makan dihadapannya. Lepas tu ada orang balas begini.
Kapsyen: “Orang Islam hati tisu je yang tergugat puasanya tengok orang makan depan dia.”

14. “Done” segala ibadah wajib dan sunat.

Swafoto dan kitafoto dengan kapsyen: “Done iftar/terawih/zakat fitrah/tadarus/sahur/dsb”. Lepas tu kena kutuk berjemaah.

15. Ucapan menyambut kedatangan Ramadan.

Ini hampir semua orang buat. Sebelum Ramadan lagi orang mula pos. Ini bagus, jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan:
“Selamat Menyambut Ramadan Al-Karim!”

sumber:  http://www.ohmymedia.cc
0 Komentar untuk "15 Hot topik Trending Ketika Ramdhan, Anda Wajib Baca ! Mana tahu anda tergolong dalam golongan ini"

Back To Top