7 Cara Terbaik Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

7 Cara Terbaik Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar | Sudah berumahtangga? Tahniah kami ucapkan. Ada masalah pasangan seperti tak berapa nak ambil kisah pasal masa depan dan keluarga? Buat korang yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan artikel ini yang diolah dari perkongsian saudara Amir Syahir. Tidak kira pasangan kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.


sekadar hiasan..akak pinjam foto ya

Tuhan menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta, pasangan dia mesti seorang yang bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari tetapi masih mengadu kata takde baju nak pakai, pasangan dia mesti power kawal kewangan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan beri kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya matlamat nak simpan RM600 dalam sebulan. Jadi, istiqamah simpan RM20 setiap hari. Bila dah capai, ini akan menyuntik rasa semangat untuk menyimpan lebih banyak lagi.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.
Jika belanja semua pendapatan terlebih dulu dan lebih baru nak simpan, itu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:
Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak iPhone, cepat-cepat azan dekat telinga kanan dia. Ingatkan yang dia tu masih ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tengok dalam dompet, ada duit. “Eh, boleh belanja lagi ni”. Biarlah duit kita ada lebihan 5-6 ratus sekalipun, jangan ajar diri belanja untuk habiskannya. Tangguhkan seketika. Simpan duit untuk benda yang lebih memerlukan. 

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan
  • Membandingkan harga. Boleh cuba apps SmartShopper.
  • Beli masa promosi atau dengan harga borong.
  • Buat senarai barang yang nak dibeli, tak perlu nak ulang-alik dua tiga kali ke pasar raya atau terbeli benda yang tiada dalam senarai.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan adalah asas untuk hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.
Kehendak pula kalau tak ada pun boleh hidup. Contohnya nak pakai kereta mewah, telefon mahal, travel luar negara ataupun lepak minum Setarbucks. Ramai pasangan masih tidak dapat bezakan antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit.
Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM tidak berlesen. Terangkan tentang CCRIS. Terangkan kalau tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang rendah risiko seperti melabur di ASB disebabkan unit berharga tetap RM1. Jadi, tidak akan rugi. Menyimpan di Tabung Haji juga boleh. Dalam Akta Tabung Haji, dinyatakan dengan jelas bahawa konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan)
Kalau nak berjaya, sentiasa “laparkan diri” dan terus-menerus memburu ilmu yang bermanfaat. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.
Kalau ada seminar, pergi sama-sama. Ajak dia sekali. Sebab tak semua rajin nak baca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang dtulis ni pun merungut kata panjang. Jadi lebih baik belajar terus dari kepakaran orang lain.
Kalau anda rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir.
0 Komentar untuk "7 Cara Terbaik Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar"

Back To Top