Van Rempuh Rumah: Lima Pelajar Tahfiz Maut - Al Fatihah

KUALA KRAI – Lima pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 15 hingga 17 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit dalam van yang terbalik.
Manakala sembilan lagi pelajar tahfiz yang turut sama terlibat dalam kejadian itu dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Van Rempuh Rumah: Lima Pelajar Tahfiz Maut
Difahamkan, kenderaan yang dinaiki 14 pelajar tahfiz itu dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.-MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Van Rempuh Rumah: Lima Pelajar Tahfiz Maut - Al Fatihah"

Back To Top