Tolong Baca ! 9 Tanda Rahim Tak Sihat, Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh! | Kaum wanita apatah lagi yg telah berkahwin dan melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dgn cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim. Ini kerana sikap tidak prihatin & sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yg serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
-Sebaliknya jika mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
-Melalui perkongsian Nurul Diyana Kamaludin yg juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
1. Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
0 Komentar untuk "Tolong Baca ! 9 Tanda Rahim Tak Sihat, Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh!"