Inilah Amal Soleh Yang Ditolak & Dibaling Ke Muka. Sila Sebarkan…Nauzubillah Min Zalik!! | “Tanda yang nampak pada lidah orang yang ‘ujub itu ialah ia selalu
mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti perkataan Iblis (kepada
Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.),
Surah Al A ‘raf, ayat 12″Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana
Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada
tanah”. [QS 7:12]
Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a. telah meriwayatkan di dalam kitab
Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin
Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:
“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.”.
Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis
sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhimya Muaz berhenti
daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:
Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah
hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat
akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak
memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari
Kiamat nanti”.
“Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan tujuh orang
malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu
ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk
menjaga pintu langit tersebut”.
Langit Pertama
Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang
dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai
nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang
membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka
menganggap bahawaamalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat
penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:
“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya.
Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku
supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu
dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”.
Langit Ke 2
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang
hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak
(Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang
mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang)
sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat
penjaga langit yang kedua itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan
mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke
atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis
perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran”.
Langit Ke 3
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba
yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah,
sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat
keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi
langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang
ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku
supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku.
Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai”.
Langit Ke 4
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba.
Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip.
Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang
keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat
ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub
dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub
terhadap dirinya”.
Nota:
‘Ujub, takbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu
penyakit hati yang sangat susah diubati. ‘Ujub itu ialah memandang
kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran serta
memandang orang lain dengan pandangan penghinaan. Tanda yang nampak pada
lidah orang yang ‘ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku
begini-begini, aku begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika
ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.),
“Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku
daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah”. (Surah Al A ‘raf,
ayat 12)
Langit Ke 5
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba
sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah
amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya
(maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga
langit yang kelima:
“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang
mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat
hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti
amalannya. Ia hasad akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan
di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku
tidak membiarkan amalan orang yang hasad ini melintasi aku”.
Langit Ke 6
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang
hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat,
umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya
sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga
langit tersebut:
“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang
mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah
yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan
demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku”.
Langit Ke 7
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang
hamba. Amalan itu ialahsembahyang,puasa, nafkah, jihad dan warak.
Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya
cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu
tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga
sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu
langit tersebut:
“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang
yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya
dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir di sini
bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan
supaya disebut-sebut oleh orang lain).
Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada
Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya
bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan
supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di
merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang
yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas
adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak”.
Di Hadapan Allah
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba.
Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia,
banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak
berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh
petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai
kepada Allah.
Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan
keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para
malaikatnya:
“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan
sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. la sebenarnya
tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. la hanya
menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku
turunkan ke atasnya akan laknat Ku”.
Lalu para malaikat tadi berkata:
“Ke atasnya laknat Mu dan juga laknat kami”. Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:
“Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba
Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan
sejahtera”.
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan.
Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang
membaca Al Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke
atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan
jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela
orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka.
Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat.
Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan
takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada
seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu danjangan engkau
membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di
dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan
manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari
kiamat nanti”.
Muaz bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu
melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang
akan selamat daripada seksaan itu?”
Nabi s.a.w. menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.
Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang
banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini”.
Hadis ini riwayat lbnul Mubarak di dalam Kitab Al Zuhd dan riwayat
lbnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu’at (Lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya
Ulumiddin 3/295).
Dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) Imam Al Ghazali, muka surat 144.
0 Komentar untuk "Inilah Amal Soleh Yang Ditolak & Dibaling Ke Muka. Sila Sebarkan…Nauzubillah Min Zalik!!"