Badannya Lemah dan Sesak Nafas – Isteri Meninggal Dunia 3 Minggu Selepas Melahirkan Anak. Sayu.. | Siapa sangka orang yang disayangi akan pergi dalam sekelip mata
sahaja, dalam kegembiraan dikurniakan cahaya mata. Tiba2 sahaja
diuji dengan kehilangan isteri tercinta tak lama selepas anak
dilahirkan...
Di laman facebook Info Ibu Hamil, lelaki ini luah rasa sayu kehilangan isteri tercinta. Semoga si suami ini terus tabah & kuat membesarkan amanah yang diberi.
dan
oh bulan
Di laman facebook Info Ibu Hamil, lelaki ini luah rasa sayu kehilangan isteri tercinta. Semoga si suami ini terus tabah & kuat membesarkan amanah yang diberi.
Meninggal selepas 3 minggu bersalin
Assalamualaikum. Terbaca kisah pengalaman bro teman isteri masok LR. Beza pengalaman aku, isteri dijemput Ilahi selepas bersalin, sedih kalau pandang wajah anak. Isteri saya meninggal selepas 3 minggu bersalin. Kami usaha nak dapat anak hampir 4 tahun lepas kahwin. Macam-macam cara kami usahakan termasuk perubatan moden, kampung.
Siap berurut lagi. Bila tahu isteri mengandung memang bersyukur, saya cube banyakkan masa dengan isteri. Isteri surirumah. Sebab kami mahukan yg terbaik untuk anak, sy daftar isteri untuk bersalin di salah satu private hospital. Kalau sy sebut nama hospital tu, rata2 mesti kenal. Masa nak bersalin, semua normal sy pom ada sama dalam LR. Lepas bersalin isteri ok sihat, anak sihat. Balik je kat rumah seminggu lepas tu badan isteri mula lemah dan sesak nafas. Saya bawak isteri ke hospital dan doctor detect ada jangkitan kuman dalam darah.
Puncanya… masa isteri bersalin baki darah tidak dibersihkan seeloknya. Umpana masih bersisa darah kat dalam. Allah, berat sungguh dugaan, hanya seminggu isteri dapat bersama anak kami. Anak yg masih tak kenal wajah ibu, yg masih memrlukan susu ibu. Sungguh demi Allah, aku tak kuat. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak beri semangat.
Ada jangkitan kuman & 2 minggu cuba melawan
2 minggu cuba melawan tapi bila sel kulit dah mati, hampir seluruh tubuh isteri jadik hitam. Akibat jangkitan kuman. Aku cuba tak menangis masa bersama isteri ketika menemaninya d NICU, sebab doctor kata mungkin dia koma tapi dia boleh dengar dan rasa apa yg kita cakap. Tapi aku tak mampu, bila teringat anak kami yang masih kecil, sapa yang nak jaga anak nanti kalau isteri takde? 100% bergantung pada mesin oksigen akhirnya isteri pergi jugak. Aku cube sabar dan istifar sebab tiada satu pom di dunia milik kit, semua milik Allah. Tapi aku bersyukur sebab aku sempat teman isteri masa dia nak melahirkan.sumber : Info Ibu Hamil
Ye, aku baca pasal kerinduan sorang suami pada isterinya yang meninggal masa bersalin tu. Aku dapat memahami perasaan tu sahabat. Dan ramai minta aku saman private hospital yang aku daftar tu tapi kalau aku saman pom isteri tak mungkin kembali. Dan hanya akan buat aku sedih kalau kes ni dibuka. Masa isteri pregnant, aku jaga makan pakai dia, apa yang dia nak makan, aku usahakan sampai jumpa tapi hanya sebab kesilapan mereka, aku dan anak kehilangan isteri dan ibu. Anak sekarang mak aku dan mertua gilir jaga, aku dalam prosess untuk tukar tempat kerja kat kampung untuk senang aku jaga dan uruskan anak sendiri. Alhmdulillah, Allah hadirkan anak yang seiras isteri aku. Sedikit sebanyak rasa rindu terubat bila tengok wajah anak. Untuk lelaki kat luar sana, layan dan hargai isteri korang, kita tak tahu sampai bila jodoh kita. Alfatihah untuk isteri.
dan
oh bulan
0 Komentar untuk "Badannya Lemah dan Sesak Nafas – Isteri Meninggal Dunia 3 Minggu Selepas Melahirkan Anak. Sayu.."