FOTO yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional sekitar tahun 1930-an di Amerika Syarikat (AS) menggambarkan betapa kejam dan ganasnya isu perkauman yang melanda negara berkenaan ketika era itu. | Thomas Shipp, 18 dan Abram Smith, 19 telah digantung dikhalayak ramai
pada 7 Ogos 1930 di Marion, Indiana selepas mereka disyaki suspek utama
kes bunuh dan rogol melibatkan dua warga berkulit putih.
Malam sebelum kejadian mengerikan itu, tiga sahabat iaitu Thomas, Abram dan James Cameron, 16, ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pekerja kilang, Claude Deeter dan merogol teman wanitanya, Mary Ball.
Biarpun kes berkenaan masih belum disiasat sepenuhnya, ketiga-tiga mereka terus dibawa ke penjara Indiana.
Namun, penduduk kampung tetap tidak berpuas hati dan merasakan
ketiga-tiga pesalah terbabit harus menerima hukuman pada malam itu juga.
Pada waktu itu, sekiranya seorang wanita berkulit putih dirogol oleh lelaki berkulit hitam, ia adalah tindakan yang lebih ‘berdosa’ dari membunuh menurut mereka.
Ribuan penduduk kampung mula membanjiri perkarangan penjara Indiana untuk mendesak syerif melepaskan tiga tahanan remaja terbabit.
Biarpun dihalang pihak berkuasa, rusuhan dari kalangan penduduk itu berjaya memecahkan pintu pagar utama penjara untuk mengheret ketiga-tiga suspek keluar.
Mereka kemudian dibelasah sehinga mengalami cedera parah sebelum dibawa ke sebatang pokok tempat di mana mereka bakal ‘dihakimi’.
Ketika itu, Abram cuba untuk meloloskan diri namun penduduk bertindak mematahkan kedua lengannya agar suspek tidak melakukan sebarang pergelutan.
Abram dan Thomas yang terkulai layu kemudian digantung pada dahan pokok, membuatkan penduduk kampung menyorak kuat seolah-olah ‘kejahatan’ telah diadili dengan sebenar.
Gambar yang dirakam jurufoto Lawrence Beitler itu turut memaparkan tindakan seorang individu menunding jari ke arah mayat, yang memberi maksud ancaman kepada penduduk kulit hitam agar tidak melakukan sebarang provokasi atau bakal menerima nasib sama.
Bagaimanapun, James yang merupakan suspek ketiga terselamat setelah seorang wanita tidak dikenali menjerit ke arah penduduk, menafikan bahawa remaja itu terlibat dalam kes pembunuhan mahupun perbuatan merogol.
Penafian daripada wanita berkenaan menyebabkan pemuda berusia 16 tahun itu tidak digantung, sebaliknya ditahan bagi melakukan siasatan lanjut berkenaan kes pembunuhan.
Selang beberapa minggu, Marry dalam perbicaraan mahkamah memberi keterangan bahawa dia tidak dirogol, membuatkan James hanya dikenakan empat tahun penjara akibat disyaki bersekongkol dengan suspek.
Kenyataan Marry itu memeranjatkan kerana masyarakat kampung yang mengamuk dan menyerang balai sherif beranggapan wanita itu telah dirogol.
Siasatan kemudian hari mendapati kemarahan orang ramai bukan berkisar kepada kejadian pembunuhan tetapi kepada berita bahawa Marry telah dirogol.
Hakikatnya kedua remaja berkulit hitam itu dibunuh atas kisah dan tanggapan yang tidak benar.
James dalam sebuah temu bual turut mengesahkan kedua rakannya itu, Shipp dan Smith ada menembak Claude sehingga mati.
Bagaimanapun, dia yang berada di tempat kejadian bertindak melarikan diri setelah menyedari perbuatan rakanya itu terlalu melampau.
James turut mengatakan, bahawa suara wanita yang datang dari penduduk pada malam kejadian hitam itu merupakan suara malaikat yang telah menyelamatkanya nyawanya.
Selepas kejadian itu, James banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja keagamaan dan keamanan.-MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "FOTO yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional sekitar tahun 1930-an di Amerika Syarikat (AS) menggambarkan betapa kejam dan ganasnya isu perkauman yang melanda negara berkenaan ketika era itu."