Sudah Kiamat Ke?? Wanita Melayu Yang Kini Aktif Nikahkan Pasangan Homoseksual | MUNGKIN tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi
beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella,
Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim. Namun bagi pencinta
gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di
Malaysia, nama Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman amat terkenal
bukan individu asing dalam isu amalan terkutuk itu....
-Lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld, beliau mendakwa konon dalil
dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks
sumbang sejenis atau homoseksual yang diperakui oleh kebanyakan alim
ulama.
-Wanita Melayu ini turut mendakwa konon negara Islam zaman dahulu
amat toleransi dengan amalan seks sejenis hingga memaksa bangsa Eropah
datang menakluk bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada gaya hidup luar tabii
itu.
-Menurut beberapa blog tempatan, Ani Zonneveldi,
54, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh
umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan
homoseksual yang beragama Islam.
-Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini
adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive
Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS),
Zainah Anwar.
-Secara kebetulan perintis SIS itu juga bertanggungjawab sebagai
Penasihat kepada MPV. Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu
daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.
-
“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’
yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay.
MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan
tradisi-tradisi Islam.
“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang
tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil
menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab
homoseksualiti.
“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang
menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia
hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi
sebuah portal.
Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya
adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak
sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya
hidup LGBT.
“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan
seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara
Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan
mak nyah.
“Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau
Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka
terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.
“Itu (LGBT) telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima,” dakwa
Ani Zonneveld. Beliau turut menuduh mereka yang mahu menghukum golongan
pengamal seks sumbang sejenis adalah kumpulan pelampau dalam agama.
Ia ujarnya, persis pengganas Daesh. Untuk rekod, militan yang
dikenali sebagai ISIL itu, sering hukum mati pesalah LGBT termasuk
campak pengamal seks terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth itu dari
tempat tinggi.
Ani Zooneveld menegaskan, “Secara radikalnya ia balik kepada
tradisi. Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi
homoseksual, tidak ada hukuman dalam al-Quran kerana menjadi
homoseksual. Noktah!
“Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih
gemar memanggil mereka sebagai Daesh kerana ia tolak golongan LGBT
jatuh dari bangunan tinggi dan jika tidak mati, mereka akan direjam
dengan batu.
“Bahkan imam masjid memulaukan mereka, menggambarkan LGBT sebagai
jahat dan menggelarkan pengamalnya dengan pelbagai nama yang buruk. Jadi
apakah perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” jelas Ani Zonneveld lagi.
Pasti ramai masyarakat Islam akan ‘geleng kepala’ baca pandangan
wanita ini mengenai LGBT. Ia bukan sahaja sesat malah secara terang hina
kesucian agama Allah SWT dengan fahaman liberalisme.
Sumber: Panduankini
0 Komentar untuk "Sudah Kiamat Ke?? Wanita Melayu Yang Kini Aktif Nikahkan Pasangan Homoseksual"