CUKUPLAH... “MAAF BEKAS SUAMIKU, AKU TAKKAN JILAT LUDAHKU BALIK”

CUKUPLAH... “MAAF BEKAS SUAMIKU, AKU TAKKAN JILAT LUDAHKU BALIK” | Aku amat mencintai suamiku, meski dia bukan cintaku yang pertama. Awal pernikahan segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia…sampai ke akhir hayat. Aku amat percaya.
 

-Demi ALLAH aku amat mencintainya. Justeru DIA mengujiku dengan kecurangan suami. ALLAHU AKHBAR.
-Dalam tempoh aku menjadi kekasih halalnya, dia turut punya kekasih gelap di luar sana. Officemate.
-Suatu hari, suami terlelap. Dia lupa OFFkan hpnya. Hp pula asyik bergetar. Vibrate. Entah berapa kerap. Hati tergerak nak tengok sebab debar di dada tiba-tiba terasa.
-Whatsapp dari seorang perempuan. Tapi nama yg dia save itu lelaki!
-Mustahil lelaki ajak hisap ‘barang atas bawah dia’. Aku skrol ke bawah semua whatsapp dari perempuan itu dan suamiku. Gambar bogel mereka… Gambar zina mereka… Voice msg masa mereka berzina. ALLAHU AKHBAR. Hancur luluh hatiku. Terduduk aku dibuatnya.
-Aku tak sangka suami yg aku percaya iblis rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar. Terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua. Dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika aku baru bergelar isteri!
-Aku akui…aku bukan isteri yg gemar mencari kesalahan suami. Aku percaya…jika suami berbuat salah, pasti ALLAH akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah NALURI.
-Selama ini aku tumpahkn sepenuh percaya. Aku percaya dia balik lambat kerana overtime. Tapi rupanya overtime zina!
-Mulai saat itu, aku tetap berlagak biasa. Dan suami pun terus dgn lakonannya yg paling hebat untuk abad ini. Memang layak dapat Grammy Award.
-Sehinggalah suatu hari, aku mengajak empat orang kawan baikku ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku pergi tanpa pengetahuan suami.
-Sampai sahaja, aku terus tanyakan nama perempuan itu. Kutunjukkan juga gambarnya yg dikirim kepada suamiku sbg kepastian, agar aku tidak tersilap orang. Akhirnya, bertemu empat mata. Aku lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yg bermake up tebal itu. Kenal ke pada aku? Hah, mungkin. Kecut perut kot.
-Tanpa banyak cakap, aku tarik tangannya. Terpinga-pinga dia. Staf lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus kubawa perempuan itu ke meja suamiku sambil diekori kawan-kawanku dan staf lain. Segala soalan perempuan itu aku tak jawab. Aku pekakkan telinga.
-Di hadapan suamiku, dengan tenang, sambil disaksikan oleh semua orang, aku berkata…

-“Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang…supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina.”
-Suamiku terketar-ketar. Sekejap saja dia menangis dan melutut di depanku!
-“Maafkan abg, syg. Abg salah….”
 
-“Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampaikan abg tergamak menipu saya. Curang pada saya…”
 
-“Syg dah cukup sempurna…”
 
-“Tipu! Kalau saya ni dah cukup sempurna, mengapa abg curang kepada saya?!”
 
-“Abg mengaku salah…”
-“Setakat bercinta mungkin saya boleh terima… tapi…kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja…selebihnya, kalian dah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!”
-Hatiku yg sudah amat terluka ini takkan mungkin terpujuk lagi dgn pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot! Bukan sekali. Berkali-kali. Yg haram dipuaskan. Yg halal ditipu tipahkan.
-“Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya. Dan…selamat pengantin baru.”
-Air mataku jatuh saat berlalu pergi. Aku sempat mengucup tangannya.
-Kau takkan tahu, betapa sakitnya hati yg dilukai. Betapa seksanya cinta yg dikhianati.
-Setahun sudah berlalu. Aku bahagia kini. Lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah, mengapa DIA tidak memberikanku zuriat. Aku kini sedang menyambung pengajianku dalam ph.D. Alhamdulillah.
-Statusku? Ya. Aku janda. Dan bekas suamiku kini meroyan. Dia hendak kembali kepadaku.
-Benar. Aku amat cintakannya. Aku amat kasihinya. TAPI itu dulu.
-Maaf, bekas suamiku. Aku harap kau tahu, yang aku takkan jilat ludahku balik.
B-erbahagialah dengan pilihanmu itu.
0 Komentar untuk "CUKUPLAH... “MAAF BEKAS SUAMIKU, AKU TAKKAN JILAT LUDAHKU BALIK”"

Back To Top