Seorang Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama

Seorang Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama | Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini, menurut agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamatan...



-Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar ini membawa sebotol minyak tanah dan melemparkannya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh.

-Suspek kemudian cuba menyalakan api dalam usaha membakar imam itu. Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.

-Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil. Polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.

-Sumber memberitahu, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat fardu.

-“Imam itu tidak mengendahkan amaran supaya memendekkan solat. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.

-Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan. – Agensi/myMetro Online

0 Komentar untuk "Seorang Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama"

Back To Top