"Terima Kasih Abang Atas Penderitaan Ini, Terima Kasih Ibu Mertuaku Kerana Penambah Duka Kami" | Saya ibu kepada sepasang anak yang berumur 3 tahun dan 1 tahun. Saya bekerja sebagai kerani di sebuah biro guaman di kuala lumpur, manakala suami pula membuat perniagaan online di rumah menjual pomade secara online dan dropship.
"Terima Kasih Abang Atas Penderitaan Ini, Terima Kasih Ibu Mertuaku Kerana Penambah Duka Kami"
-Pendapatan
saya setelah ditolak tambah RM1200 sebulan, manakala pendapatan suami
untung jual pomade dan upah dropship adalah dalam 5 ke 600
sebulan.Hubungan kami pada awal perkahwinan tiada masalah, sehinggalah
anak 2 ni dia mula bersifat dingin pada saya, salah sikit pasti saya
dipukul.
-Kami
menetap di sebuah flat kos rendah.Tidak dinafikan suami saya dlu
seorang eksekutif di sebuah syarikat insurans. Beliau juga dari keluarga
yang berada. Selepas melahirkan anak sulung, beliau membuat keputusan
untuk berhenti kerja.saya redha jika itu menjadi keputusannya, kami
berkahwin pada usia yang muda, pada masa itu saya berusia 22 tahun dan
suami 26 tahun.
-Saya
akui kurang melayannya disebabkan penat yang terlampau, rupa paras dan
fizikal saya juga berubah, saya bertambah gemuk selepas melahirkan anak
kedua, dan juga disebabkan faktor kemiskinan saya tidak mampu membeli
pencuci muka, krim muka dan sebagainya untuk menjaga rupa paras, saya
selalu dihina, dicerca,dipukul,ada ja salah saya, suami saya pulak
diibaratkan seperti malaikat, dia sahaja yang betul.
-4
tahun saya bertahan tidak pernah mengadu pada sesiapa, kecuali pada ibu
mertua, tapi ibu mertua seolah pandang pelik pada saya, seakan2 saya
menghina anaknya. saya bekerja seawal pagi, 6 pagi saya sudah keluar
rumah menyiapkan anak, anak saya dijaga oleh mak saya yang rumahnya
berdekatan dengan pejabat saya, mak saya faham kesusahan saya, beliau
tidak meminta bayaran, Cuma hujung bulan saya belikan barang dapur,
manakala suami saya hanya di rumah menghadap laptopnya online 24 jam.
-Suami
saya sudah mulai curang, saya cek laptopnya chatting lucah dan bermanja
dengan pelbagai perempuan, status di fbnya juga ditukarkan kepada
single, Allahuakbar, sedih sungguh,saya terima dia seadanya, xpernah
saya burukkan dia pada media social, bila ada kawan yang bertanya di fb
dia tentang rumah tangga kami, pasti saya yang diburukkannya, dia kan
baik ibarat malaikat, sedangkan di rumah dia kejam ibarat iblis, anak2
tidak dipedulikannya, saya seringkali diseksa, dipukul, dicerca sampai
satu tahap saya mula meminta cerai sebab tidak tahan dengan sikapnya.
-Saya
mengadu pada ibu mertua saya dengan harapan dia seorang yang berada,
bijak pandai dapat selesaikan masalah kami dengan sebijaknya. Dalam hati
saya sebenarnya tidaklah betul2 nak cerai, Cuma perasaan marah tu yang
buatkan saya tersebut nak bercerai.
-Saya
tahu saya dari awal bukanlah menantu pilihan kerana saya datang dari
keluarga yang miskin.Cuma saya fikir 2 cucu yang saya berikan boleh buat
mereka terima saya dan menyayangi saya. Cerai tu cuma ugutan agar dia
bantu saya menyelesaikan masalah saya. Dalam hati tiada niat untuk
bercerai, saya masih perlu suami sebagai pelindung saya dan anak2.
-Tapi
sedih masa ni juga ibu mertua ambil kesempatan untuk pisahkan kami
dengan alasan untuk anaknya berubah. Dia suruh suami saya keluar dari
rumah dan dia sewakan sebuah rumah yang selesa untuk anaknya. Tidakkah
dia fikir cara tu buat anaknya lagu lupa tanggungjawab, sekarang ni
sudah 5 bulan saya duduk asing dengan suami.
-Dia
langsung tidak ada bertanya khabar ataupun memberi nafkah, dengan gaji
rm1200 saya bayar sewa flat, bantu mak beli barang dapur, susu anak
pampers anak, minyak motor sehingga saya sendiri hari2 ikat perut di
pejabat dan balik rumah makan biskut kering bersama anak-anak.
-Sedangkan
suami saya bahagia hidup bujang keluar jalan dengan kawan2, disara lagi
oleh ibu mertua saya, mujur ada kawan suami yang bagitahu saya sebab
dia sendiri rasa tidak suka melihat suami abaikan saya dan anak2. Suami
dah mula keluar dengan seorang perempuan yang bekerja disekitar
rumahnya.
-Ibu
mertua pula langsung xda mesej atau call saya tanya bagaimana keadaan
cucunya, cukup ke makan minum susu. Cuma bantu anaknya sahaja, setahu
saya yang kurang pendidikan ni, kalau suami meninggalkan sekalipun,
keluarga suami yang harus bantu nafkah anak2 saya.Ni langsung tidak
ambil tahu.
-Suami
saya jangan kata nak berubah, duduk bujang lagi bahagia dari bersama
isteri dan anak dan lari dari tanggungjawab. Bagi saya ibu mertua saya
lagi merosakkan anaknya dan rumah tangga kami. anak2 saya semakin jauh
dari ayahnya. Silap saya kerana mengadu pada ibu mertua.
-Ibu
satu saya nak sampaikan meskipun saya bukan menantu pilihan, saya masih
isteri pada anak ibu, anak saya cucu ibu, abang walaupn saya digantung
tak bertali, ataupun abg bakal ceraikan saya, ingat yang abang banyak
dosa dengan saya.
-Sebelum
berkahwin abg berjanji untuk menjaga saya dan anak2 kita, akhirnya
abang buang begitu saya begitu sahaja, 4 tahun abang abaikan nafkah dan
kasih sayang beserta pelindungan sebagai ketua keluarga pada isteri dan
anak2. Saya tidak berdoa yang buruk2 buat abang, ibu abang dan keluarga
abang.
-Tapi
hukum kehidupan sentiasa ada, meskipun bukan saya yang membalas Allah
ada, ingat Ibu juga ada satu2nya anak perempuan yang ibu sayang, adik
memang baik muslimah, pandai, tapi jangan kerana kezaliman ibu dan abang
pada saya dan anak2, adik yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman
suami suatu hari nanti.
-Terima
kasih abang atas penderitaan ini, terima ibu mertuaku atas penambah
perasa duka derita ini. Andai kalian rasa kalian boleh bahagia atas
penderitaan kami insan yang kalian anaiya teruskanlah.
-aku
berharap saat anak aku membesar anak perempuan ku mendapat suami yang
baik dan ibu mertua yang baik, buat anak lelaki ku pula, bahagiakanlah
mak mu ini dan juga isteri dan anak2mu, andai kata dirimu seperti
ayahmu, isteri dan anak2mu akan mak jaga dan lindung, menantu ku akan ku
jaga seperti anakku sendiri, meskipun bukan aku yang melahirkan, bukan
aku yang tatang, biar aku yang menjadi galang ganti pengubat hati andai
perbuatan anakku menyakiti dirimu wahai bakal menantuku kelak.
-Akan
ku didik anak2 ku sebaiknya agar tidak menganaiya insan lain yang tidak
berdosa. Terima kasih abg terima kasih ibu mertua. Mohon viralkan agar
tidak ada isteri yang teranaiya. Harapanku satu agar suami pulang ke
sisi aku dan anak2. Siapapun dirimu aku terima seadanya kerana aku
pegang janji kita saat aku menjadi sah milikmu aku akan berada denganmu
diwaktu susah senangmu, izinkan anak2 ku merasa kasih sayang dari sebuah
keluarga yang sempurna.
Sumber : kaki share
0 Komentar untuk "Sedih Baca - "Terima Kasih Abang Atas Penderitaan Ini, Terima Kasih Ibu Mertuaku Kerana Penambah Duka Kami""