Sangup seorang Bapa Durjana Tumbuk,tendang dan pijak anak 9 Tahun.

Sangup seorang Bapa Durjana Tumbuk,tendang dan pijak anak 9 Tahun. |Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerna mendera anak kandungnya, Februari lalu.memang bapa durjana..

-Tertuduh, Mohd Harizan Itai, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

-Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperlakukan anak kandung lelakinya berusia sembilan tahun sehingga menyebabkan kecederaan dengan menggunakan tangan & kaki, menumbuk mulut, menendang, memijak peha kiri dan memukul kepala serta pinggang hingga berdarah.

-Kesalahan itu dilakukan pada jam 7.20 malam pada 3 Februari lalu di sebuah rumah di Kampung Baru Nyalas, Asahan l, Jasin.
-Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.
-Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan kepada mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan kerana hubungan bapa dan anak antara mangsa dan tertuduh.
-Bagaimanapun, peguam, Sulaiman Harmain yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dibenar jamin kerana sebelum ini diberi jaminan polis dan tidak mengapa-apakan mangsa biarpun tinggal serumah.
-Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Ahmad Sazali menawarkan tertuduh jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes.
0 Komentar untuk "Sangup seorang Bapa Durjana Tumbuk,tendang dan pijak anak 9 Tahun."

Back To Top