Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes? Kenapa nak persoalkan Kekayaan Anak-anak Tun M? Apa Beza Dia dengan Anak Menteri Lain?

loading...
Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?
Senang atau tidak bergelar pemimpin? Kenapa nak persoalkan Kekayaan Anak-anak Tun M? Anak Menteri Biasa lagi kaya, kerja apa dia buat?? Anak Tun M Kerja apa?mana hasil? anak menteri mana banyak berbakti pada rakyat dan agama?? tepuk dahi,ayoyoyoyo..

Rumah Banglo Mewah Nedim
Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain.
Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.
Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.
Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera bumiputera.
Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau? Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?
Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.
Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?

Jawapan Nazri Aziz Vs Isu Rumah Banglo mewah Mohamed Nedim Bin Mohamed Nazri

“Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,” kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: “Rumah apa?”

Sumber : Malaysiakini

Gambar Dokumen Rumah Bunglo Nedim Nazri Aziz?



loading...
0 Komentar untuk "Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes? Kenapa nak persoalkan Kekayaan Anak-anak Tun M? Apa Beza Dia dengan Anak Menteri Lain?"

Back To Top
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close