Kecoh Pasal Bayi Mati Sebab Doktor Tolak Semula Kepala Bayi Yang Dah Keluar. Ini Penjelasan Doktor !!! |
Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan satu soalan
ringkas yg saya terima : “Bolehkah kepala bayi yang dah keluar celah
kangkang ditolak masuk semula, kemudian terus buat pembedahan untuk
keluarkan bayi tersebut? Lepas tu, bayi tersebut mati pula & kononnya
sebab kepala bayi ditolak masuk secara paksa walaupun dah ada celah
kangkang.”
-Apabila kepala bayi
dah keluar, adalah mustahil untuk ditolak masuk kembali. Jika pernah
sambut bayi, tentu tahu bahawa ia agak mustahil untuk menolak semula
kepala yg telah keluar, lebih2 lagi jika dah celah kangkang.//
-Sekiranya kepala
bayi telah keluar dan bayi viable (masih hidup) serta dalam keadaan
kecemasan, doktor akan menggunakan instrumen seperti forcep atau vakum
untuk membantu mengeluarkan bayi dengan segera jika memenuhi syarat,
bukan pembedahan. Jika instrumen gagal, barulah pembedahan akan
dipertimbang.../
-Sekiranya kepala
bayi dah keluar celah kangkang dan bahu bayi tersangkut, ada beberapa
maneuver (posisi) yang akan dibuat untuk mengeluarkan bayi, bukan
pembedahan.
-Sekiranya kepala
bayi dah keluar tapi bayi dah meninggal, kebiasaannya doktor akan
biarkan proses kelahiran itu melalui jalan bawah sahaja, bukan
pembedahan, kerana risiko pembedahan kepada ibu adalah lebih tinggi
berbanding melahirkan bayi yang telah meninggal dunia melalui jalan
bawah.
Tetapi, jika
sebenarnya kepala bayi belum keluar namun bayi berada dalam kondisi
tertentu, ada kemungkinan pembedahan akan dilakukan untuk menyelamatkan
bayi contohnya tali pusat / tangkai uri terkeluar (cord prolapse) atau
bayi lemas (fetal distress)...
-Dalam kes tangkai
uri terkeluar, sesiapa yang memeriksa bukaan dan mendapati ada tali
pusat / tangkai uri terkeluar, sememangnya dia akan menolaknya ke dalam
bagi menyelamatkan bayi. Dalam situasi tertentu, kepala bayi (yang masih
dalam rahim) akan ditolak sedikit bagi mengelakkan ia menekan tali
pusat / tangkai uri yang terkeluar dan seterusnya pembedahan kecemasan
akan dilakukan.
Satu kondisi lagi
ialah keadaan yang membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan anak contohnya
abruptio placenta, embolism, dan lain-lain.
-Abruptio placenta
ialah uri berpisah daripada dinding rahim sebelum bersalin menyebabkan
pendarahan, bayi lemas dan kontraksi kuat walaupun jalan bawah belum
buka sepenuhnya.
Amniotic fluid
embolism pula ialah keadaan di mana cecair ketuban memasuki saluran
darah ibu yang boleh menyebabkan kematian si ibu dan seterusnya anak...
-Dalam kondisi ini,
pembedahan kecemasan juga akan dijalankan, dan jika sangat bernasib
baik, kedua-duanya akan selamat. Namun, jika nyawa ibu sahaja yang
selamat, bersyukurlah kerana suami tidak ditinggalkan keseorangan dan
pasangan ini masih ada peluang untuk berusaha mendapatkan zuriat lagi
pada masa akan datang...
-Keutamaan pada
setiap masa adalah nyawa ibu. Bersyukurlah jika nyawa ibu terselamat dan
seharusnya si ibu perlu berterima kasih kerana membantunya berikhtiar
untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Medical Mythbusters Malaysia
0 Komentar untuk "Kecoh Pasal Bayi Mati Sebab Doktor Tolak Semula Kepala Bayi Yang Dah Keluar. Ini Penjelasan Doktor !!!"