Jenayah - Ibu Ini Terpaksa sumbat jenazah bayi dalam beg | Seorang ibu yang di kenali sebagai Aspin Ekwandi tidak dapat menahan air mata apabila ia terpaksa menyembunyikan jenazah bayinya yg baru lahir dalam beg kerana tidak cukup uang untuk menyewa sebuah ambulan...
-Tidak hanya itu ibu beranak 3 ini juga terpaksa menaiki bus mini untuk membawa jenazah tersebut kekampungnya Desa Sinar Bulan Bengkulu.
-Aspin yg mengandung anak ke empat di sahkan mengalami kelainan paru paru dan jantung sehingga harus dilakukan pembedahan Caesar pada 5 april lalu di hospital M Yunus di Kota Bengkulu.
Namun bayinya meninggal dua hari kemudian,ketika hendak membawa pulang jenazah. pihak hospital enggan memberi kerja sama jika tidak menyediakan uang sebanyak 3 juta bersamaan 1 ribu ringgit.
Aspin yang tidak memiliki jumlah uang itu,tertekan dan panik hingga akhirnya ia terpaksa memasukkan jenazah bayi dalam beg dan dibawa pulang.
-Menurut Aspin dia menghubungi abangnya dan berlakon menjadi suami untuk membawa beg tersebut.
Didalam bas pemandu meminta untuk meletakkan beg tersebut dalam bagasi,namun beliau memberikan alasan didalam beg tersebut ada kek untuk acara pernikahan saudaranya.
Sepanjang perjalanan di dalam bus itu,Aspin memeluk beg berisi jenazah anaknya sambil menahan sedih atas nasib yang menimpanya.sampai dikampung jenazah tersebut terus dikebumikan.
Bagaimanapun datuk bandar kota Bengkulu, Irsan Hidayat, membenarkan kejadian ini dan telah melakukan siasatan terhadap hospital yang terlibat.
0 Komentar untuk "Jenayah - Ibu Ini Terpaksa sumbat jenazah bayi dalam beg"