RESEPI MEE REBUS ALA - ALA CHEF WAN GITU!!!

loading...


Jem memang jem... tengok gambar meleleh air liur den... dahlah puasa katakan.. jom masak RESEPI MEE REBUS ALA - ALA CHEF WAN GITU!!! Tak payah pening-pening tak tau nak masak apa kan..

Bahan-bahan Mee dan Aksesori:
Sumber : Chef Wan @ AFC
Saiz hidangan: 3-4 orang

1 bungkus mee kuning (celur, basuh dan toskan)
2 keping tauhu- goreng dan hiris nipis
Taugeh- dicelur
Daun sup
Telur rebus
Cili besar- dihiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi/limau nipis

Bahan-bahan kuah:
2 mangkuk kecil  daging
1 kg tulang
10-12 ekor udang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3-4 sudu besar  cili kisar
2 sudu besar rempah kari
2  biji ubi kentang  sederhana besar – rebus dan dikisar
1 batang carrot – rebus dan dikisar
1 biji ubi keledek – rebus dan dikisar
Segenggam kacang tanah – sangan  dan ditumbuk/dikisar
2 sudu besar tauchu - kisar
1 ½  sudu besar udang kering
Garam
Gula Melaka
Bawang goreng
Minyak
Air
 Phewww!!!

Cara-cara:
Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumis bersama cili kisar.
Bila sudah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan garing dan naik minyak.
Masukkan tulang, daging dan air. Renehkan.
Masukkan tauchu dan kacang tanah. Juga gula Melaka.
Peserta seterusnya adalah kentang, keledek dan carrot.
Masukkan udang dan biarkan seketika. Seimbangkan rasa sedap dan lazat.  Kalau tak sedap, memang aku insan yang lemah hanya mampu berserah. Kuikui. Biar sekata.
Akhir sekali, masukkan bawang goreng, kacau sebentar dan tutup api.
loading...
Tag : TIPS/PETUA
0 Komentar untuk "RESEPI MEE REBUS ALA - ALA CHEF WAN GITU!!!"

Back To Top
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close