PERISTIWA MISTERI BENDA ANEH DI LANGIT PADA TAHUN 1992 YANG MENGGEMPARKAN NEGARA

PERISTIWA MISTERI BENDA ANEH DI LANGIT PADA TAHUN 1992 YANG MENGGEMPARKAN NEGARA  | Kejadian ketika itu amat-amat mengejutkan penduduk di Malaysia terutama penduduk beragama islam. Ganjil,aneh dan hairan yang boleh dikatakan ketika itu. Anda ingat lagi tak peristiwa ini?
 
Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yg sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.
 
Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi & teori telah dibentangkan.
 
Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri tlah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar2 berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.
 
Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.
 
Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.
 
Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah…
0 Komentar untuk "PERISTIWA MISTERI BENDA ANEH DI LANGIT PADA TAHUN 1992 YANG MENGGEMPARKAN NEGARA"

Back To Top