Nyamuk tertarik pada bau badan seseorang

Haaaa ni cerita pasal nyamuk,kenal nyamuk? Tak kenal maka tak cinta

LONDON: Mengikut 1 kajian ke atas pasangan kembar, DNA seseorang adalah faktor utama menjadikan mereka lebih disukai serangga kecil. Biar betul

Kajian itu mengenal pasti gen terbabit & mampu membantu saintis menghasilkan racun nyamuk.

Saintis sudah menemui mengapa nyamuk lebih tertarik kepada individu tertentu berbanding individu lain & mereka percaya seseorang yang diserang itu patut menyalahkan ibubapa sendiri.

Buat kali pertama, saintis menemui sebab genetik mengapa segelintir dripada kita seolah-olah menjadi 'magnet' kepada nyamuk, mengikut kajian perintis oleh Fakulti Kebersihan dan Perubatan Tropika London. Ia diterbitkan dlam edisi terbaru majalah sains, PLOS ONE.

Utuk mengenal pasti punca itu, saintis melepaskan nyamuk Aedes dalam tiub yg terbahagi kpd 2 bahagian. Serangga itu diberikan pilihan utuk memilih bahagian mereka.

Pada hujung setiap tiub adalah sepasang kembar manusia. Lapan belas kembar seiras dan 19 kembar tak seiras menawarkan diri secara sukarela sebagai habuan nyamuk.

Saintis terbabit memerhatikan, pasangan kembar seiras memiliki tarikan sama daripada nyamuk, sementara kembar tak seiras mempunyai tarikan berbeza.

Mereka mengatakan wujud komponen magnetik yang menarik perhatian serangga itu.

Kembar seiras mempunyai gen sama. Namun kembar tak seiras memiliki gen berbeza. Gen terbabit menjadikan manusia menjadi daya penarik kepada nyamuk menerusi bau mereka terhadap serangga itu.

Kajian itu menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan bau badan memainkan peranan. Ia mendapati mereka yang mempunyai lebih banyak bakteria tertentu pada kulit akan menjadi sasaran.

Sama seperti mereka dengan darah jenis O, dikaitkan dengan bauan tertentu pada peluh mereka.

Hal ini juga ditemui dalam kes wanita hamil, apabila suhu purata tubuh meningkat kepada 1.26 darjah Celsius menyebabkan wanita itu lebih mudah berpeluh.

Begitu juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka menjadi faktor tarikan kepada nyamuk. - Agensi

0 Komentar untuk "Nyamuk tertarik pada bau badan seseorang"

Back To Top