ADUH MALU!! 3 Gadis Tudung Berbikini Di Khalayak Ramai

ADUH MALU!! 3 Gadis Tudung Berbikini Di Khalayak Ramai | Sekeping gambar yg memaparkan 3 gadis Melayu memakai baju-T berimej lucah mendapat cemuhan pelbagai pihak.Ketiga-tiga gadis berkenaan memakai baju-T berwarna putih dgn imej bentuk badan perempuan berbikini sekaligus memperlihatkan seolah-olah mereka hanya berbikini di khalayak ramai.



t-shirt1_M-600x360

Gambar yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu bukan sahaja dicemuh malah kebanyakan pengguna laman mikro itu mendesak supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan keras ke atas mereka.

Desakan itu dibuat kerana si pelaku merupakan perempuan Melayu dan bertudung yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada Islam.
Seorang pengguna laman mikro, Muhammad Firdaus berkata, dia sebagai lelaki pun malu melihat gambar berkenaan kerana ketiga-tiga gadis berkenaan seolah-olah mahu menjual diri.
Siti Zubaidah Maslan pula berkata, JAKIM sepatutnya membuat serbuan ke atas kilang pakaian yang membekalkan ‘t-shirt’ berimej lucah.
1 (3)
Omi Nasirah Palermo pula berpendapat, ketiga-tiga remaja berkenaan terlalu inginkan perhatian lelaki sehingga sanggup memperbodohkan diri dengan menjatuhkan maruah sendiri.
Saufi Ibrahim pula berkata, pihak berkuasa sepatutnya mengenakan tindakan tegas kepada mereka kerana tindakan mereka itu mencemarkan kesucian Islam.
“Sudahlah bertudung, pakai pula pakaian macam itu seperti meminta diri mereka dicabul. Tindakan mereka itu menjejaskan imej perempuan bertudung.
“Saya berharap JAKIM akan memanggil ketiga-tiga mereka dan mengenakan tindakan yang sewajarnya. Cukuplah merosakkan nama Islam,” ujarnya.
Bagaimanapun, lokasi gambar berkenaan diambil tidak dapat dikenal pasti.
0 Komentar untuk "ADUH MALU!! 3 Gadis Tudung Berbikini Di Khalayak Ramai"

Back To Top