Betul ke Gadis Melayu Suka Mat Afrika?? Soal Jawap| Oktober ini sepatutnya majlis perkahwinan i tetapi semuanya hancur sekelip mata apabila polis datang mengetuk pintu pejabat,”.
Itu keluhan penjawat awam yg mahu dikenali sebagai Rodziah, 45, yg menjadi antara ribuan mangsa sindiket Love Scam yang didalangi warga Afrika.
Rodziah yg memiliki seorang anak berusia lima tahun memberitahu, Ahmad Yusof, lelaki yg dikenali dikenalinya di Facebook telah berjanji akan menikahinya pada Oktober ini sehingga menyebabkan dia memasang angan-angan utuk membina sebuah mahligai bahagia menjadi impiannya.
“Kami berkenalan di Facebook pada tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, dia terlalu baik di mata saya sehingga saya tertarik dan akhirnya bersetuju utuk menjadi teman istimewanya beberapa bulan selepas itu.
“Walaupun tidak bertemu saya yakin dialah pasangan sehidup semati saya malah menaruh harapan utuk membina rumah tangga suatu hari nanti. Harapan itu termakbul apabila dia sudi melamar saya & mengikat kata janji untuk satu majlis pada Oktober nanti.
“Bagaimanapun, pada Jun lalu, sepasukan polis datang ke pejabat saya & menunjukkan waran tangkap terhadap saya. Bila saya diberitahu Ahmad Yusof adalah warga Afrika yang menyamar sebagai warganegara Turki, hati saya luluh sehingga sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menceritakan tentang penipuan yang dilakukan Ahmad Yusof, Rodziah berkata, dia sebenarnya dipujuk untuk menyerahkan wang bagi ‘membebaskan’ hadiah berisi barang kemas yang ditahan pihak kastam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang lalu Ahmad Yusof mencadangkan agar saya membuat pinjaman bank. Alhamdulillah, saya tidak berbuat demikian kerana mempunyai komitmen pinjaman bank terdahulu.
“Bagaimanapun dia yang dipanggil sayang memujuk saya membuka akaun bank serta meminta saya mengeposkan kad ATM itu kepadanya untuk satu urusan gaji. Saya menuruti permintaan itu kerana namun langkah itu akhirnya menjerat saya sehingga kini,” katanya.
Rodziah kini berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah kerana disyaki terlibat dalam sindiket Parcel Scam ekoran beratus-ratus transaksi antara mangsa dan sindiket berlaku di dalam akaun bank yang didaftar di atas namanya.
0 Komentar untuk "Betul ke Gadis Melayu Suka Mat Afrika?? Soal Jawap"