Kata-kata yang dikeluarkan Datuk Seri Azalina Othman yang meminta LPF untuk tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula peraturan menghalang drama/filem Melayu memaparkan aksi berpelukan, berpegangan tangan & ranjang telah pun mendapat reaksi yg negatif daripada rakyat Malaysia. Ramai yg kecewa apabila seorang menteri yg beragama Islam seolah-olah menggalakkan maksiat berleluasa di Malaysia. Walaupun ia sekadar lakonan, arahan LPF seharusnya dipuji dan disambut baik oleh semua pihak.
Pendapat Datuk Seri Azalina Othman ini turut sama membangkitkan Ustaz Kazim Elias daripada 'tidur'. Setelah sekian lama tidak berkongsi sebarang status di Facebook, Ustaz Kazim telah tampil dan memberikan teguran yg amat padu, jitu dan pedas kepada Azalina.
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...
Ayat yg paling Admin suka ialah "bawak-bawaklah insaf, hidup di dunia tidak lama". Di kala alim ulamak lain berdiam diri & buat tidak tahu akan kenyataan Datuk Seri Azalina, kehadiran Ustaz Kazim Elias yang membantah kata-kata menteri itu amat-amat diperlukan. Tak adalah rakyat Malaysia keliru dan terasa seperti tiada siapa di pihak mereka. Semoga kata-kata Ustaz Kazim ini sampai kepada Datuk Seri Azalina dan mampu menggerakkan hatinya. Sama-samalah kita doakan.
0 Komentar untuk " “Bawak-Bawaklah Insaf, Hidup Di Dunia Tak Lama” , Ustaz Kazim Elias Tegur Datuk Seri Azalina"