Kisah Benar - Dapat Mimpi Pelik Sebelum Keguguran | Salam. Saya baru lepas keguguran. Gambar scan yang doktor beri pada saya, seolah-olah ada imbasan jin seperti gambar yang viral ini. Tak terlintas di kepala saya untuk fikir benda-benda seperti ini sehinggalah saya terbaca artikel ini.
Kandungan saya berusia 6 minggu, tetapi disahkan keguguran 9 Februari 2017...
-Seminggu sebelum saya keguguran, saya ada bermimpi yang saya bersalin dan saya susukan bayi itu. Saya tak fikirkan yang bukan-bukan tetapi ada yang beritahu, kalau mimpi menyusukan bayi, itu petanda buruk. Seminggu selepas mimpi itu, saya mengalami keguguran.../
-Ini pengalaman mengandung kali pertama. Saya tak tahu sangat hal-hal seperti ini. Pada mulanya saya nampak imej pada imbasan itu, saya tak ambil tahu sangat dan menyangka mungkin itu bayangan sahaja dan saya lebih risaukan baby pada masa itu...
-Saya pada mulanya juga tak percaya benda-benda begini, tetapi makcik saya sendiri pernah terkena. Terbaca pula artikel ini, lebih menguatkan lagi perasaan saya...
-Sehingga kini saya masih mencari jalan penyelesaian. Jika ada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi saya. Saya memang mengharap untuk ada zuriat sendiri.
Bukan nak percaya 100% tetapi kita ikhtiar tak benda buruk seperti ini berlaku lagi. Saya tidak mahu pisang berbuat dua kali. The Reporter. Kisah Benar - Dapat Mimpi Pelik Sebelum Keguguran
0 Komentar untuk "Kisah Benar - Dapat Mimpi Pelik Sebelum Keguguran"