Guru Kurang Ajar!! Tekap Punggung murid dengan cawan panas Sampai Melencur

Guru Kurang Ajar!! Tekap Punggung murid dengan cawan panas Sampai Melencur | Johor bahru: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bukan sahaja dirotan, malah punggungnya turut ditekap dengan cawan panas bagi menghilangkan kesan sebatan.....Guru Kurang Ajar!! Tekap Punggung murid dengan cawan panas Sampai Melencur

 Guru tekap Punggung murid dengan cawan panas


Azab mangsa bermula apabila dihantar tinggal bersama guru tuisyennya sejak kira-kira dua minggu lalu, konon dikatakan nakal dan bagi membantunya dalam pelajaran.
Difahamkan kejadian terbongkar apabila mangsa melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum meminta bantuan jiran guru terbabit, petang semalam.../

Kakak mangsa yang dimaklumkan kejadian kemudian pergi ke lokasi kejadian sebelum dimaklumkan oleh suami guru terbabit bahawa adiknya dirotan, selain punggung turut ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam dengan air panas bertujuan menghilangkan kesan rotan.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.
Susulan kejadian itu kakak mangsa membawa adiknya mendapat rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, selain turut membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam tadi...///

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib, mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak.
Katanya, setakat ini seorang kakitangan lelaki sudah ditahan, manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan beberapa lagi guru di pusat tuisyen berkenaan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan punca sebenar kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan bersama guru tuisyen terbabit.
0 Komentar untuk "Guru Kurang Ajar!! Tekap Punggung murid dengan cawan panas Sampai Melencur"

Back To Top