SERAM dan Ngeri! 6 Gambar Perkuburan Agama Zoroaster Yang Buat Anda Tak lena tidur | Zoroastrianisme adalah sebuah agama &
ajaran falsafah yg diasaskan oleh ajaran Zarathustra yg dalam bahasa
Yunani dipanggil Zoroaster. Zoroastrianisme dahulu kala adalah sebuah
agama yg berasal dari kawasan Parsi Kuno atau kini dikenali dgn
Iran. Di Iran, Zoroastrianisme dikenali dengan sebutan Mazdayasna iaitu
kepercayaan yg menyembah kepada Ahura Mazda atau "Tuhan yg
bijaksana". Dipetik dari wikipedia.
Saya yakin anda akan terkejut jika baru pertama kali melihat gambar-gambar
ini, beratus-ratus mayat di biarkan membusuk di dalam sebuah bangunan
berbentuk lingkaran & di biarkan di makan oleh burung pemakan bangkai.
Bagi kita ini adalah sebuah kejahatan yang luar biasa terhadap
jasad-jasad manusia, namun ternyata ada agama yang menganggap ini adalah
sebuah pemuliaan terhadap manusia yang sudah mati. Demikianlah
keyakinan agama Zoroaster yang menganggap api adalah Tuhan mereka.
Tempat pemuliaan mayat tersebut dinamakan "The Tower Of Silence" atau
juga di sebut sebagai "Kuil Api". Agama Zoroaster meyakini bahawa tubuh
manusia adalah tidak suci sehingga menurut mereka jasad manusia tidak
boleh mengotori bumi dan api, atas dasar alasan tersebut mayat manusia
tidak boleh di kubur atau di bakar. Oleh sebab itu orang yang telah
meninggal mayatnya akan di bawa ke kuil Towers of Silence agar di makan
oleh burung pemakan bangkai, burung Nasar. Selepas daging telah dimakan
habis oleh burung Nasar dan tinggal tersisa tulang maka tulang tersebut
akan di buang ke tengah bangunan.
Sumber: Diarishare
0 Komentar untuk "SERAM dan Ngeri! 6 Gambar Perkuburan Agama Zoroaster Yang Buat Anda Tak lena tidur"