PERISTIWA MISTERI BENDA ANEH DI LANGIT PADA TAHUN 1992 YANG MENGGEMPARKAN NEGARA | Kejadian ketika itu amat-amat mengejutkan penduduk di
Malaysia terutama penduduk beragama islam. Ganjil,aneh dan hairan yang boleh dikatakan ketika itu. Anda ingat lagi tak peristiwa
ini?
Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yg sangat aneh,
sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa
melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.
Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit.
Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun
1992. Pelbagai spekulasi & teori telah dibentangkan.
Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri tlah melakukan
penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa
kejadian ini benar2 berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi
yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang
akhbar pada 10 Oktober 1992.
Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil
kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga
kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda
banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai
yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah
kapal yang dirancang.
Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana
Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka
mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu
penipuan.
Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun
paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan
peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa
kepada kebesaran Allah…
0 Komentar untuk "PERISTIWA MISTERI BENDA ANEH DI LANGIT PADA TAHUN 1992 YANG MENGGEMPARKAN NEGARA"