
Gadis Ini terima Azab Sungguh Dahsyat Kerana Persendakan Al-quran?? | Ermmmm!
Kali ini penulis ingin kongsikan satu berita atau isu yg agak-agak
kontroversi & yg penuh dengan konflik. Sebelum perbincangan &
huraian yg selanjutnya, terlebih dahulu penulis ingin tegaskan di sini
adalah perkara ini masih belum disahkan akan kepastiannya sama ada
betul-betul berlaku atau hanya rekaan sahaja atau hanya propaganda
sesetengah pihak dgn propaganda tertentu. Jadi anda jangan cepat percaya...
Namun begitu,
apa yang pasti adalah mereka yang ingin mencabar kuasa Allah SWT pasti
akan dibalas dengan azab seksa jika tidak di dunia sudah pasti di hari
pembalasan kelak. Penulis mendapat cerita ini menerusi seorang rakan di
aplikasi WeChat yang mengongsi berita ini. Berita yang agak simple
dengan dua keping gambar sebelum dan selepas namun kita perlu
berhati-hati dalam menerima kebenaran akan perkara ini.
Jika sebelum
ini berita tentang seorang lelaki yang berubah menjadi makhluk ngeri
kerana berniat untuk kencing di atas al-Quran telah terbukti palsu
kerana lelaki tersebut hanya memakai kostum Hari Halloween. Dan orang
lain telah memanipulasikan gambar tersebut dengan berita palsu yang
mengaitkan dengan agama Islam dengan motif yang tidak diketahui.
Kali ini,
berita tentang seorang wanita yang meletakkan helaian dari al-Quran yang
terdapat ayat-ayat suci al-Quran di dalam seluar dalamnya. Pada
akhirnya, gadis tersebut menerima azab ngeri dengan kemaluannya menjadi
besar dan begitu ngeri sekali sebagaimana gambar di atas.
Walau
bagaimanapun, pada era globalisasi yang serba canggih ini tidak dapat
dinafikan bahawa foto tersebut telah disunting. Tambahan pula, aplikasi
mengedit gambar sudah begitu maju di tambah lagi dengan kemajuan
komputer dan telefon pintar.
Semoga artikel
ini memberi iktibar kepada kita bahawa sesiapa yang cuba mencabar kuasa
Allah SWT pasti akan dibalas dengan azab seksa dari Allah SWT tidak kira
sama ada berita ini benar atau tidak tetapi azab seksa kepada hambanya
yang mencabar kuasa Tuhan adalah pasti.
0 Komentar untuk "Gadis Ini terima Azab Sungguh Dahsyat Kerana Persendakan Al-quran??"