Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih jadi saya pakai stokin yang mana da jer...
Tak pasal-pasal, mata masuk habuk. Ceritanya begini, dlam kelas ketika sedang membuat ujian lisan, panggil seorang2 murid. Giliran anak murid yg namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan.
Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yg dipakainya itu.
Dialog di antara kami seperti berikut:
Kasma: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yg berwarna putih.
Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.
Kasma: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?
Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.
Kasma: Rebut-rebut? Di mana?
Fatihah: Ada orang letak baju-baju, beras, gula, minyak di kampung. Ha, ibu saya pergi rebut-rebut.
Perasaan ingin tahu aku semakin tinggi. Maka aku bertanya lagi soalan lanjut.
Kasma: Ayah awak tak kerja ke?
Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.
Kasma: Ayah kerja di mana?
Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)
Kasma: Pergi sekolah bawa duit tak?
Fatihah: Bawa, seringgit.
Kasma: Mana ibu dapat duit?
Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit.
Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya.
Kasma: Di rumah selalu makan apa?
Fatihah: Makan sayur.
Kasma: Dapat dari mana?
Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.
Kasma: Lauk pula?
Fatihah: Ayah mancing di lombong.
Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.
Kasma: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk
Kasma: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.
Begitulah sedikit cerita yang aku peroleh dari pengalaman sendiri. Sebenarnya, mana-mana cikgu pun ada pengalaman seperti ini. Perkongsian ini bukan untuk meminta simpati tetapi nak bagi sedikit keinsafan. Allah uji bermacam-macam bentuk, melihat orang yang lebih susah menjadikan kita lebih bersyukur. Jangan membazir.
Semoga ada manfaatnya. -
sumber
0 Komentar untuk "Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih jadi saya pakai stokin yang mana da jer..."