INFO : Jika 5 Tanda Ini Ada pada Anda, Anda Mesti Ganti Baru Pakaian Dalam Anda | Tidak pasti bila agaknya masa yg sesuai utk menggantikan pakaian dalamanda? Ini adalah beberapa tanda2 jelas bahwa sudah tiba masanya untuk membuang pakaian dalam anda & digantikan dgn yg baru:
jangan ambil remeh perkara ini.
1. Tidak elastik
Keanjalan pada getahpinggang akan rosak setelah dipakai lama, menyebabkan ia kehilangan bentuk. Ia berpotensi untuk longgar atau jatuh daribadan anda juga. Jika anda mendapati braanda tidak lagi elastik di bahagian belakang atau talinya, sudah tiba masa untuk menggantikannya dengan yang baru,kerana ia tidak lagi memberi anda sokongan yang betul.
2. Terlalu kecil
Apabila pakaian dalam dibasuh dengan kerap, ia akan mengecut dengan lebih cepat terutamanya jika ia diperbuat daripada kapas. Jika seluar dalam anda terlalu kecil untuk anda, anda perlu membeli yang baruuntuk menggantikannya. Saiz payudara anda pula boleh berubah tanpaanda sedar. Bra yang sebelum ini sempurna pada badan anda, mungkin akan menyebabkan anda ada masalah seperti sakit belakang pada masa sekarang. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa anda perlu membelibra yang baru!
artikal berkaitan :
Tahukah Wanita Ketumbuhan Kanser Rahim Akibat Melakukan 4 Perkara ini Ketika Haid
3. Tidak selesa
Jika pernah terjadi anda membeli pakaian dalam yang tidak selesa, usah fikir dua kali, jangan memakainya lagi! Terutama pakaian dalam yang diperbuat daripada renda. Mencuci pakaian dalam berenda boleh menyebabhkan ia menjadi kasar dan itu sudah tentu menyebabkan anda tidak selesa memakainya sepanjang hari.
4.Berubah bentuk
Jika padding atau cupbra anda renyuk atau berubah dari bentuk asal, sudah tiba masanya untuk membeli yang baru. Perlu diingat bahawa cup braanda harus selarasdengan payudara anda, jika tidak, anda tidak mendapat sokongan yang anda perlukan.
5. Tidak menggantikansecara kerap
Jangka hayat pakaian dalam anda adalah lebih kurang enam bulan, walaupun iatidak menunjukkan sebarang tanda-tanda seperti diatas. Ia masih dinasihatkan agar anda menggantikan pakaian dalam yang sudah lama. Tetapi berita baik adalah, jika anda sering bertukar-tukar bra anda, anda boleh membuatkannya tahan lebih lama.
Pakaian dalam anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Apalagi, jangan ditunggu, cepat-cepat beli pakaian dalam yang baru!
Sumber: kiambangmerah
0 Komentar untuk "INFO : Jika 5 Tanda Ini Ada pada Anda, Anda Mesti Ganti Baru Pakaian Dalam Anda "