MASYA-ALLAH!!SUNGGUH KEJAMNYA..KAU DERA BAYI INI SAMPAI TERKELUAR OTAKNYA!!



MASYA-ALLAH!!SUNGGUH KEJAMNYA..KAU DERA BAYI INI SAMPAI TERKELUAR OTAKNYA!!| Tentunya tajuk muka hadapan kebanyakan akhbar tanggal 8 Ogos lalu menarik perhatian....

Ini kerna tatkala umat Islam masih dalam keriangan menyambut Aidilfitri, seorang bayi perempuan koma setelah menjadi mangsa tindakan pengasuh seperti didakwa ibu bapanya....



Menemui keluarga ini setelah empat hari pemergian Damia di Flat Flora Damansara, jelas Ani & suaminya, Mohd Naqudden Zakaria, 25, tabah menghadapi ujian Allah ini. Tiada lagi titisan air mata membasahi pipi kerna mereka redha dan ketentuan-Nya. ....

>>> Bagi mereka Damia dipinjamkan hanya buat seketika....

“Masih terbayang keletah Mia. Biasanya apabila saya balik sahaja kerja, Mia merangkak menuju ke muka pintu menyambut saya. Tengok sahaja permainan Mia, katil Mia, saya mula berasa sedih. Tetapi selama mana saya harus bersedih. Mia telah tiada lagi dalam hidup kami,” kata bapa muda ini....

## Akui Ani pula, dia tetap berasa ralat. Andai anaknya itu sakit, dia masih berkesempatan untuk menjaganya. Berbeza pula dengan situasi yang dialaminya....

Anak yang ditinggalkan sihat sebelum dia ke tempat kerja, diterimanya pula dalam keadaan yang berbeza. Sungguh hatinya pilu mengenang kejadian yang menimpa satu-satunya permata hatinya itu, apatah lagi bayinya itu baru tiga bulan di bawah jagaan pengasuh....

“Daripada lahir hingga usianya 11 bulan, saya yang menjaga Mia. Setelah melahirkannya, saya membuat keputusan tidak bekerja kerana mahu menjaga sendiri Mia, apatah lagi terlalu banyak berita kematian bayi seperti tersedak susu akibat kecuaian pengasuh atau didera.....

## Namun apabila saya membuat keputusan mula bekerja kerana perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah, kejadian yang saya takutkan itu benar-benar terjadi kepada saya. Ya Allah... hanya itu yang dapat saya luahkan,” ujar Ani sayu....

>>>Otak terkeluar

## Menceritakan kejadian yang berlaku pada 7 Ogos itu, ujar Ani, sudah menjadi kelaziman suaminya menghantar Damia ke rumah pengasuh pada jam 10.30 pagi. Begitu juga pada hari tersebut....

“Waktu bekerja saya tamat pada jam tujuh petang. Biasanya lebih kurang 10 minit kemudiannya, barulah saya mengambil Mia. Tetapi pada hari itu, ketika saya sedang bersiap sedia untuk pulang, pengasuh menelefon memberitahu anak saya jatuh kerusi ketika tidur.....



“Saya bertanya kepadanya sama ada Mia menangis dan dia mengatakan Mia menangis sekejap iaitu setelah terjatuh. Kebetulan suami belum datang menjemput saya dan saya terus menelefonnya untuk terus ke rumah pengasuh di tingkat 17,” ceritanya.....

## Sambung Naqudden yang lebih senang dipanggil Joe, sebaik tiba di rumah pengasuh, pengasuh tersebut menyuruhnya membawa Damia ke hospital. Melihat keadaan anaknya yang lemah, Joe meminta jiran sebelah rumahnya yang dikenali sebagai Cik Nab untuk memegang Damia sementara dia memandu....

“Ketika itu bunyi pernafasan Mia keruh, matanya terbeliak, tubuhnya lembik dan kebiruan. Saya dapat rasakan kakinya sejuk. Luka memang tidak ada, begitu juga darah. Cik Nab nasihatkan saya agar jangan kelam-kabut dan saya dengar dia asyik beristighfar. Saya kemudiannya mengambil Ani di pejabatnya dan terus menuju ke hospital.....

“Selesai pemeriksaan, doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala Mia. Doktor bertanya punca dan setelah diberitahu perkara yang berlaku, doktor mahu berjumpa pengasuh. Saya minta adik ipar mengambil pengasuh. Ketika bertemu dia langsung tidak bercakap dengan kami selain hanya meminta maaf. Saya membuat laporan polis dan pada jam 11 malam, pembedahan segera dilakukan,” kata Joe lagi.....

## Lebih dua jam menanti, ujar Joe, doktor memaklumkan bahawa terdapat kesan retakan panjang pada tempurung kepala dan berlaku pendarahan pada otak. Kesannya seperti dilanggar kereta. Pembedahan itu dianggap gagal kerana tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan doktor. Otak Mia telah mati separuh dan Mia koma....

“Kata doktor Mia bergantung sepenuhnya kepada mesin hayat. Saya memang tidak dapat terima apa yang berlaku kepada Mia dan saya asyik menangis sahaja sehingga kerap diberi kaunseling....

## Keluarga meminta saya redha. Susahnya untuk saya berhenti bersedih kerana setiap kali memandang wajah Mia, sayu rasa hati saya....


“Pada hari kelima, otak Mia sudah terkeluar. Sehinggalah pada hari keenam Mia koma, doktor mencadangkan agar mesin dibuka kerana otak Mia telah mati sepenuhnya.
Saya pangku Mia, saya mengucap kalimah syahadah di telinga dan meminta maaf kepadanya. Mia telah pergi buat selama-lamanya dalam hidup saya dan suami....

“Waktu itu barulah saya dan suami sedar sikap Mia yang begitu berbeza pada malam Khamis itu....

Adik ipar saya sendiri hairan dengan sikap Mia yang berlainan dan kerap kali memandangnya dengan muka yang sedih. Sedangkan selama ini dia suka bermain dengan pakciknya itu....

“Ketika hendak tidur pula Mia mahu baring di atas lengan saya. Dia gelisah. Dia juga menarik baju saya hingga tidak mahu melepaskan....

## Kami berdua layankan sahaja kehendaknya walaupun timbul rasa pelik dengan sikapnya yang sangat manja. Rupa-rupanya itulah petanda dia mahu pergi jauh daripada kami,” katanya dalam nada suara yang lemah.....



Sumber :  http://www.lamankongsi.com/
0 Komentar untuk "MASYA-ALLAH!!SUNGGUH KEJAMNYA..KAU DERA BAYI INI SAMPAI TERKELUAR OTAKNYA!!"

Back To Top